[VIDEO]“Mengidɑm Nak Makan…”-Muntɑh, Pegang Baby Bump, Elisya Sandha Hɑmil?

Pelakon Elisya Sandha seperti memberi bayangan dirinya kini sedang hamil selepas memuat naik beberapa kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya tentang keadaan dirinya.

Menerusi satu video, Elisya dilihat memegang perutnya yang kelihatan sedikit membesar.

Dalam video itu dia memberitahu sedang ‘mengidɑm’ atau teringin mahu makan sesuatu yang istimewa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

“Time-time macam ni lah mengidɑm nak makan something special..Selamatlah ada yang memahami,” tulisnya dalam kapsyen.

Entri berkenaan telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menyangka dia sedang hamil dan mula menyedari perubahan pada bentuk badannya.

Tidak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepadanya.

“Nampak baby bump lahh ..Tahniah,” komen salah seorang pengikutnya.

“Wah tahniah,” ucap salah seorang warga maya.

“Dah pregnant ke,” soal salah seorang netizen.

Sementara itu menerusi satu entri di Insta Story pula adik kepada pelakon Fasha Sandha itu memberitahu dia muntah ketika sedang melakukan penggambaran iklan.

“Doing commercial shoot and boleh pula muntah tadi,” tulisnya.

Pun begitu Elisya mahupun suaminya yang juga anak kepada pengarah Sheila Rusly tidak ada memaklumkan apa-apa mengenainya.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu. Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *