“Tau Tak Ni Kedai India?” – Order Makanan Kedai Bukan Muslim, Wanita Ini Disoal ‘Rider’ Status Agama

Kepelbagaian kaum dan juga etnik di Malaysia menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai variasi makanan untuk dinikmati bersama.

Tidak kiralah Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa, boleh dikatakan makananlah yang menyatukan kita semua.

Namun, baru-baru ini seorang gadis yang dikenali sebagai Farahin ada berkongsi pengalamannya bersama World Of Buzz apabila dia mendakwa telah dipersoal oleh penghantar makanan kerana memesan daripada restoran bukan muslim.

Bagi Farahin, dia merasakan tidak salah untuknya memesan makanan daripada mana-mana kedai daripada bangsa lain, asalkan halal.

Difahamkan, dia telah menerima mesej daripada ‘rider’ penghantar makanan yang bertanyakan sama ada dia seorang muslim setelah memesan thosai dan idly daripada restoran makanan India yang berlokasi di Sungai Buloh.

‘Rider’ itu kemudian memaklumkan bahawa makanan yang ditempahnya itu bukan daripada restoran mamak tapi milik bangsa India sepenuhnya.

Perkara tersebut membuatkan Farahin tertanya-tanya sama ada terdapat ‘peraturan’ yang melarang orang Melayu untuk makan di restoran bangsa-bangsa yang lain.

Dia juga berpendapat bahawa ‘rider’ tersebut patut hanya menjalankan tugasnya sebagai penghantar makanan dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum.

Farahin juga berharap agar para penghantar makanan di luar sana untuk sentiasa menjaga adab dan tatatertib dengan pelanggan ketika menjalankan tugas.

SUMBER : World Of Buzz

Kredit: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *