“Siap Bawak Anak Bini..” – Beli Rumah Tapi Pekerja Asing Tinggal Dulu, ‘Owner’ Dakwa Sudah Lama Bayar Ansuran Bulanan

Tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan sebuah tangkap layar memaparkan pemilik rumah PR1MA merungut kerana rumah yang dibelinya telah didiami oleh pekerja pembinaan terlebih dahulu.

Kata wanita itu, dia telah membeli rumah tersebut namun pihak kontraktor telah membenarkan pekerja mereka untuk tinggal terlebih dahulu dalam unit yang dibeli.

Apa cerita rumah PR1Ma Ranggu ni kami yang bayar tapi pekerja yang tinggal?

Perkara tersebut kemudiannya menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen yang berasa tidak patut pihak berwajib seperti kontraktor atau pemaju membiarkan rumah-rumah yang dibeli pemilik dihuni oleh orang yang tidak sepatutnya.

Malah, tangkap layar hantaran yang dipercayai dimuat naik di laman Facebook Group PR1ma @ Ranggu Tawau itu turut memperlihatkan pekerja membawa satu keluarga untuk tinggal di kediaman yang masih dalam pembinaan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen rata-ratanya terkesima dengan pendedahan tersebut malah ada juga yang meluahkan pendapat dan pengalaman masing-masing kerana pernah berhadapan dengan situasi tersebut.

Tahu la prima ranggu ni belum dapat OC tapi jangan la suka – suka bagi orang lain duduk tinggal, tuan rumah belum rasmi pun tu rumah aduh bodohnya. Sudah la kesian tuan rumah tiap bulan bayar rumah.

Kata netizen, perkara seperti penempatan sementara di rumah-rumah yang masih dalam pembinaan itu adalah ‘perkara biasa’ meskipun pemilik rumah sudah mula membuat bayaran ansuran bulanan kediaman yang dibeli setelah pinjaman diluluskan.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *