“Misleading…”Ketua Imigresen Malaysia Tegur Harith Iskander Isu Lawak ‘2 Kaunter Buka’ Di KLIA

Pelawak terkenal negara, Harith Iskander baru-baru ini ada ditegur Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud berikutan klip video persembahan lawaknya yang dimuat naik olehnya di laman Twitter.

Dalam klip video persembahan ‘stand up’ komedinya itu, Harith membincangkan secara sinis mengenai perbezaan servis lapangan terbang di negara Malaysia dan Singapura.

Kata Harith, servis di lapangan terbang Singapura beroperasi dengan kapasiti yang penuh meskipun mempunyai 20 kaunter namun Malaysia hanya buka 2 kaunter sahaja walaupun mempunyai bilangan yang sama.

Sehubungan itu, Khairul Dzaimee membalas tweet Harith itu dengan menulis ‘Misleading’ atau bermaksud maklumat yang salah.

Menurut Khairul Dzaimee, servis di KLIA tidak sama seperti yang diperkatakan dalam persembahan Harith dan beliau meminta agar maklumat yang disampaikan haruslah dari sumber yang sahih.

Bukan itu saja, isu ini juga mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain kerana ramai yang turut berkongsikan pendapat mereka tentang servis yang disediakan dengan membuat replies di tweet milik Khairul Dzaimee.

Ia juga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mengambil peluang untuk menceritakan pengalaman mereka berurusan di kaunter-kaunter yang terdapat di lapangan terbang di seluruh Malaysia.

Malah, ada juga yang memberi nasihat kepada Harith agar lebih berhati-hati ketika menyampaikan lawak dalam setiap persembahannya kerana mungkin dapat mencemarkan nama mana-mana pihak dan juga orang ramai.

Sumber: Beautifulnara/ Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *