“Memang Dari Dulu Vocal Marsha Memang Hebat Cuma…”- Zarul Umbrella Anggap Persembahan Marsha Akan Diingati Sampai Bila-bila

Persembahan Marsha Milan semalam di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) menjadi perbincangan netizen sehingga hari ini. Tidak dapat dinafikan, Marsha telah membuka mata ramai orang tentang bakatnya yang kurang mendapat perhatian. Hal ini turut di akui oleh penyanyi Zarul Umbrella yang merupakan pasangan duetnya dalam lagu Satu Rasa.

Menerusi akaun instagram peribadi Zarul, @zarulumbrella, peserta Gegar Vaganza musim ke-tiga ini mengucapkan tahniah kepada Marsha . Zarul berkata, persembahan Marsha malam tadi akan diingati sampai bila-bila.

“Tahniah Marsha Millan, persembahan semalam itu antara persembahan AJL yg akan diingati sampai bila-bila lah.”- ujarnya.

“Dari Dulu Your Vocal Memang Hebat Cuma…”

Tambahnya lagi, dia mengakui vokal Marsha sememang hebat sejak dari dulu lagi, cuma masih belum ramai yang nampak.

“Memang dari dulu vokal Marsha memang hebat cuma masih belum ramai yang nampak dan semalam semuanya sudah terbukti.”

Dalam pada itu, Zarul meluahkan rasa berbangga dengan Marsha dan mendoakan penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah ini dimurahkan rezeki dalam nyanyian.

“Saya begitu berbangga kerana pernah bekerja dengan anda sebelum ini. Semoga rezeki nyanyian bertambah lagi selepas ini.”- tambahnya lagi.

Lagu yang dibawakan oleh Marsha berjudul Cinta ini merupakan ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik. Lagu tersebut berjaya menduduki tempat kedua yang membolehkan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta trofi. Marsha berjaya memukau penonton dengan vokal mantapnya ketika melantunkan lagu itu.

Selain itu, Marsha juga memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJL36 menerusi lagu Cinta. Penyanyi lagu ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik telah membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,00 serta wang tunai RM6,000 daripada penaja utama, NOIR Beauty Essence.

Sumber: murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *