Lepas Viral Dikatakan Atu Zero, Akhirnya Trbongkar, Ramai Tk Sgka Selebriti Ini Dlm Maskot Periuk kera- “Perhh ni legend..”

Program The Masked Singer Malaysia sememangnya antara program kendalian Astro yang mendapat perhatian ramai.

Sejak kebelakangan ini, para juri sudah mulai dapat meneka dengan betul siapa selebriti disebalik maskot-maskot yang menyanyi di atas pentas.

Semalam menyaksikan selebriti memakai maskot periuk kera telah tersingkir dan perlu mendedahkan identitinya.

Siapa sangka disebalik maskot tersebut adalah penyanyi senior iaitu Reshmonu yang popular dengan gaya rambutnya yang unik suatu ketika dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Dia yang membawakan lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud dendangan Dato’ M. Nasir telah berada di kedudukan terendah dan menyebabkannya tersing.kir pada malam semalam.

Walau bagaimanapun, ramai sudah dapat meneka tentang ident.iti selebriti di sebalik top.eng tersebut kerana berdasarkan petunjuk yang diberikan saban minggu, beberapa juri telah berjaya me.n.e.ka dengan tepat selebriti terbabit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Namun begitu, para penonton setia The Masked Singer Malaysia berasa gembira apabila dapat melihat kembali Reshmonu menyanyi di atas pentas.

Mereka juga memuji penampilan penyayi hebat itu kerana sentiasa memberikan persembahan terbaik saban minggu dan dapat mengubati kerinduan peminat yang menggemari karya-karyanya dahulu.

Terdahulu, 

Video Periuk Kera ‘buat hal’ viral pula buat ramai teka Atu Zero,

“Mesti pelawak ni”

Sebelum ini The Masked Singer mendapat perhatian buat penonton Malaysia yang mana rancangan hiburan berkonsepkan realiti tv ini memaparkan peserta tampil dengan keunikan.

Seperti diketahui, peserta yang terlibat dalam The Masked Singer ini memerlukan mereka menyanyi dengan memakai kostum. Ia bertujuan untuk mengelakkan identiti sebenar diketahui.

Boleh dikatakan kejayaan musim pertama membuatkan penonton tidak sabar untuk melihatkan peserta-peserta yang terlibat dalam The Masked Singer 2 apatah lagi baru-baru ini mereka telah diperkenalkan kepada umum.

Turut dapat dilihat, banyak kostum yang menarik tumpuan warganet yang mana semuanya berjumlah 14 kostum unik yang dipakai oleh barisan peserta. Kostum terbabit juga difahamkan telah direka oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Pun begitu, dalam rakaman video dikongsikan ini pula kostum Periuk Kera yang dipakai oleh salah seorang peserta membuatkan ramai terhibur dengan gelagat lucunya.

Lepas Viral Dikatakan Atu Zero, Akhirnya Trbongkar, Ramai Tk Sgka Selebriti Ini Dlm Maskot Periuk kera- “Perhh ni legend..”

Sehinggakan video Periuk Kera itu mendapat bermacam-macam respon lucu ramai dan melihatkan respon netizen itu, ramai juga berteka-teki bahawa disebalik kostum itu merupakan Atu Zero.

“Kenapa aku terbayang yang dia ni Atu Zero hahaha”

“Gaya macam Atu Zero je ni, gaya lari”

“Atu Zero suka buat macam tuh, mungkin lah dia”

“Atu Zero ni”

Sumber: Instagram officialhlive, reshmonu, HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *