“Daddy mcam mna Ibu beranak..” (Video) Ank Tnya Shuib Mcm Mna Ibu Beranak Jdi Bualan Netizen

Biarpun sudah hampir tujuh bulan isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Ilahi, pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tetap kuat meneruskan kehidupannya bersama anak-anak. Kini, Shuib dilihat sibuk menguruskan keempat-empat cahaya matanya dengan bantuan ahli keluarga lain.

Menerusi InstaStory yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Din Alhaz, memaparkan gelagat anak ketiga Shuib iaitu Mateen secara tiba-tiba bertanyakan soalan yang ‘luar daripada jangkaan’ sekaligus membuatkan dirinya terkedu dan tidak tahu bagaimana hendak memberikan jawapan.

Daddy macam mana ibu boleh beranak? Entah-entah makanan tu jadi baby. Datang dari nasi lepas tu itu ke baby? Mateen beranak haa sudah.

Video:

Dalam pada itu, Talita mengatakan bahawa dia mengetahui bagaimana proses berkenaan dan dari mana ianya bermula.

Dekta tahu baby datang dari bulat. Dia dalam bulat tu kan? Bulat tu perut yang masuk tu cacing baby tapi bukan orang diperbuat daripada tanah ke? Betul lah Dekta diperbuat dari cacing bukan tanah.

Walau bagaimanapun, Shuib tergelak kecil apabila anaknya bertanyakan seperti itu dan menyatakan bahawa anak-anaknya sudah besar.

Ni maksudnya anak-anak daddy dah besar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terhibur dengan soalan yang diajukan oleh anak-anak Shuib.

Komen netizen:

Sumber: Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *