“Cantik Sangat Marsha..” (Video) Penampilan Terkini Marsha Milan Dipuji Netizen

Cantik, lawa itulah antara pujian buat penyanyi dan pelakon Marsha Milan selepas satu rakaman video dirinya mendapat perhatian ramai setelah dikongsikan menerusi aplikasi, TikTok.

Umum diketahui, Marsha Milan sejak beberapa hari ini begitu hangat menjadi perbualan oleh peminat dan penonton Anugerah Juara Lagu yang ke-36 (AJL36) selepas suaranya ‘mengejutkan’ ramai sehingga berjaya memukau hati juri dan penonton.

Mana tidaknya, Marsha Milan berjaya membawa pulang anugerah Persembahan Terbaik dan naib juara di AJL yang ke-36 selepas membawakan lagu berjudul Cinta dengan baik sekali gus melonjakkan lagi namanya baru-baru ini.

Pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini bagaimanapun mendapat perhatian pula di satu rakaman perkongsian oleh Danial Zaini apabila penampilan berhijab Marsha Milan mencuri tumpuan ramai.

Danial Zaini turut membuatkan ramai terhibur selepas dirinya tersalah lirik menyanyikan lagu popular, Cinta daripada Marsha Milan itu sekali gus mengundang rasa terhibur penyanyi itu sendiri.

“Cantik sangat Marsha..” (Video) Penampilan Terkini Marsha Milan Dipuji Netizen – Berita Hangat

Rakaman Marsha Milan berhijab yang dikongsikan itu ternyata mencuri tumpuan umum dengan menerima kata-kata pujian oleh warganet diruangan komen disamping hantaran video tersebut ditonton ribuan kali.

“Cantik sangat Marsha berhijab, moga istiqomah”

“Cantiknya Marsha pakai tudung”

“Lawanya Marsha pakai tudung”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *