“Apa Nak Jadi Dekat Ibu Jadilah, Janji Anak Selamat Sempurna,” – Doktor Sahkan Kandungan Syatilla Alami Mas4lah Placenta Previa

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin mendedahkan keadaan kandungannya kini mengalami sedikit k0mplikasi selepas doktor mengesahkan posisi urinya berada di bahagian bawah atau nama saintifiknya ‘placenta previa’.

Menurut Syatilla, keadaan tersebut menyebabkan kandungannya kerap kali berlaku pend4rahan

“Tadi pergi checkup doktor bagitahu kata placenta previa. Kenapalah tak placenta proton ka preve ka perodua ka.

“Sebab lately ni asyik bleeding, jalan banyak bleeding, angkat anak bleeding, kasaq sikit bleeding. Rupa-rupaya uri dekat bawah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini turut mendedahkan dirinya juga mengalamani alahan pelik sewaktu mengandung anak ketiga ini.

“Lain anak lain sungguh pembawakan dia. Tapi nombor tiga ni mmg pelik. Dari awal memang pelik. Sampai sekarang tak lalu nak promote produk sendiri.

“Dah berapa lama dah tak buat content untuk Kekasih. Bila pegang ja produk rasa meremang nak pening. Tak ka yang aneh-aneh tu?,” kongsinya lagi.

Katanya lagi, pihak doktor juga telah mengesahkan kandungannya itu akan dilahirkan secara prosedur pembedahan dan dia juga disarankan untuk ditahan di hospital lebih awal.

“So nombor tiga ni kompom lahhh doctor kena belah jugak perut aku. Baru plan nk try VBAC. Takda rezeki sungguh. Tak mengapalah, apa nak jadi dekat ibu sekalipun jadilah, janji anak ibu selamat sempurna amin.

“By the way, doktor suruh warded dah masa 36 weeks nanti. Tapi aku nak raya tapi tak mahu warded lagi.

“Ya Allah sapa lagi ada pengalaman menghadap placenta previa ni? Please share, Tilla nak baca,” akhirinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Syatilla dan kandungan akan sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Banyak berdoa pujuk baby. Jangan stress sangat dan jangan fikir sangat. Lalui je dengan tenang dan banyakkan sujud.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Syatilla.

“Tak mengapa yang penting ibu dan baby sihat. Enjoy your pregnancy. Kadang bukan kita yang minta. Mungkin boleh ikhtiar cara lain.

“Doa banyak-banyak dan selalu cakap dengan baby. Minta tolong dia. Jangan lupa solat hajat.

“Take care Tilla. Semoga semuanya baik-baik sahaja,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, kehamilan kali ini merupakan kandungan keenam Syatilla selepas pernah mengalami kegvgvran sebanyak tiga kali.

Untuk rekod, Syatilla dan Sam telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 3.

Sumber: Instagram Syatilla Melvin

Kredit: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *