“Ank coming soon..”- Disangka Anis Sofea Hamil. Akhirnya Haqiem Tampil Cerita Perkara Sbenar.

GARA-GARA be.rjena.ka mengenai cahaya mata dalam rakaman video yang tular di media sosial, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea disangka kini sedang hamil anak sulung.

Tampil menjelaskan salah faham itu, Haqiem, 24, memberitahu video yang dirakam oleh jurugambar dikenali sebagai Aqo Imran itu hanyalah sekadar gu.rau.an semata-mata.

“Ramai yang sudah muat naik video tentang kami akan menimang anak pertama. Semua itu hanya gura.uan dengan Aqo, dia yang rakam. Saya gura.u-gu.rau!

“Buat masa sekarang belum ada lagi (anak) tetapi kami minta doa anda semua supaya dapat menimang anak pertama. Jangan salah faham,” katanya menerusi Instastory.

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuat naik Aqo Imran memperlihatkan penyanyi lagu Mimpi ini seakan-akan memberi bayangan isterinya sedang ha.mil.

Haqiem jelaskan video tular tentang kehamilan isteri.

“Anak coming soon (akan lahir),” kata Haqiem dalam video berkenaan.

Video tersebut tular sehingga meraih ribuan komen positif netizen yang rata-ratanya teruja dengan berita gembira itu.
>Alhamdulillah saya sangat gembira ramai yang mendoakan kami dan teruja nak tengok junior kami!

ANIS SOFEA

ISTERI HAQIEM RUSLI

Sementara itu, isterinya pula memaklumkan akan berkongsi berita gembira kehamilan itu apabila tiba masanya.

“Alhamdulillah saya sangat gembira ramai yang mendoakan kami dan teruja nak tengok junior kami”

haqiem 3

Haqiem dan isteri mohon peminat mendoakan yang terbaik untuk mereka.

“InsyaAllah ada rezeki saya orang pertama yang akan uar-uarkan berita ini. Semoga semuanya di bawah lindungannya,” tulisnya.

Menerusi laporan mStar pada 3 Disember tahun lalu, Haqiem berkata dia masih belum bersedia menimang cahaya mata memandangkan usianya dan Anis masih muda.

Haqiem dan Anis berkaahwin di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *