[VIDEO] Emma Maembong Bermain Dgn Anak Tepi Jalan, Sekali Benda Lain Yg Netizen Bimb4ng

Pelakon Emma Maembong dilihat sedang bercuti di negara Switzerland bersama suami dan anaknya, Shariq Gabriel. Namun, aksi pelakon drama I Promise Janji Anaqi itu membawa anaknya berjalan-jalan di sekitar kawasan bandar menarik perhatian ramai.

Menerusi laman social Instagram, Emma berkongsi sebuah video memimpin tangan Shariq yang kini sudah boleh bertatih di sekitar kaki lima di tepi jalan besar.

Walaupun dipimpin, Shariq yang kini berusia setahun Iebih itu bertatih begitu hampir di kawasan tepi jalan yang menjadi laluan utama kenderaan lalu-lalang.

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Perkongsian berdurasi kurang satu minit itu mencetuskan kerisauan wargamaya yang rata-ratanya menasihati Emma supaya tidak membawa anaknya ke kawasan tepi jalan.

“Adoii apasal aku seriau tengok kete lalu lalang tepi baby. Aduh dah la laju, sh00ting tempat lain please,” komen seorang wargamaya.

“Kenapa main tepi jalan tu. Macam bahaya je, hati-hati ye,” kata seorang wargamaya.

“Seram pulak tengok kereta lalu lalang dekat situ,” tulis seorang wargamaya.

“Risau saya tengok kereta banyak sangat,” ujar seorang wargamaya.

“Kak janganlah bawa baby tepi jalan besar camtu risau saya tengok,” tegur seorang wargamaya.

“Comel tapi jangan bawa anak kecik kat tepi jalan raya please,” pesan seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada wargamaya. Sekadar info, Emma berkahwin dengan juruterbang Shazli Azhar pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, pasangan dikurniakan seorang cahaya mata pada 8 November 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Sumber : Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *