“Tiada Rahsia Antara Kami, Dia Menerima Saya Seadanya,” – Zulin Aziz Selamat Bergelar Isteri

DENGAN sekali lafaz, pelakon dan pengacara Zulin Aziz sah ber.gelar isteri kepada Farhan Norzaini kira-kira pukul 9.20 pagi, Ahad.

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Kuala Lumpur iaitu Ehsan Mohd Hosni berwakil walikan abang kepada Zulin iaitu Shah Rezza Abdul Aziz.

Dalam majlis tersebut, Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, menerima mas kahwin RM80, sebentuk cincin dan wang hantaran RM30,000.

Pengantin perempuan menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Majlis pernikahan itu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Sementara itu, Zulin mengucapkan syukur kerana majlis pernikahan mereka dipermudahkan dan berjalan lancar.

Pasangan ini bernikah di Masjid Negara Kuala Lumpur.

“Syukur Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Kehadiran suami dua tahun lalu mengubah perjalanan kehidupan saya.

“Kami akhirnya disatukan setelah dua tahun bersama bermula sebagai kawan dan kini sebagai suami dan isteri,” kata Zulin.

Difahamkan majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada malam Ahad.

Zulin adakan majlis berinai pada malam Sabtu.

Menerusi laporan mStar pada 28 Januari lalu, pasangan ini mengikat tali pertunangan dan memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 20 Februari.

Zulin juga pernah memberitahu dia dan Farhan sudah lama berkenalan dan mereka sama-sama menguruskan perniagaan menjual makanan.

Hujung tahun lalu pasangan ini bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Meskipun tiada sebarang kenyataan dari Zulin tentang hubungan mereka, peminat sudah mula menghidu apabila sering berkongsi ucapan romantis di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *