” Tak tahu nak ke mana lagi .. ” – Reaksi Lyla Amina Tidak Teruja Pergi Bercuti, Buatkan Awal Ashaari Buntu

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari berkongsi momennya bersama keluarga sewaktu bercuti di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Namun begitu, percutian tersebut tidak disertai oleh isteri tercinta, Scha Alyahya kerana menjalani sebuah penggambaran yang membuatkan dirinya tidak mampu untuk turut serta dalam percutian tersebut.

Menerusi foto yang telah dimuatnaik di Instagram, Awal Ashaari memberitahu bahawa dia sudah tidak tahu kemana lagi destinasi yang harus dituju hanya demi membuatkan anak keduanya teruja.

Hal ini kerana Awal juga berseloroh menyatakan bahawa anak perempuan keduanya itu, Lyla Amina tidak berperasaan kerana tidak tahu bahawa keadaan anaknya itu berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.xx

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

“Nak Seberang Kuala Perlis Baru Nak Tersenyum?”-Awal Ashaari

Jelas Awal , dia ada juga terfikir untuk membawa anaknya itu ke negeri Perlis dimana ia juga menjadi lokasi penggambaran isterinya, Scha Alyahya bagi jalani membuatkan Lyla Amina kembali tersenyum.

Mungkin destinasi Perlis itu yang akan membuatkan si comel Lyla Amina kembali teruja dan ceria seperti sediakala setelah bertemu dengan ibunya. Comel je ragam Lyla Amina ni!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen poistif dan ada juga yang berpendapat anak mereka juga sama seperti si comel Lyla Amina.

Komen netizen:

Sumber: b.cari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *