“Tak Sabar Nak Tengok Baby Emir Amirah ‘Junior’…” – ‘Baby Bump’ Sudah Jelas Kelihatan, Peminat Mira Filzah Teruja

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara jelita Mira Filzah yang kini sedang hamil anak pertama ada memuat naik sekeping foto terkini di Instagram.

Menerusi foto berkenaan, Mira terlihat berseri di samping suami, Wan Emir Wan Astar, mengenakan pakaian rona sedondon renda merah jambu.

Mencuri tumpuan ramai, ‘baby bump’ aktres jelita berusia 29 tahun itu sudah mula jelas kelihatan lalu mendapat perhatian daripada kalangan peminat khususnya.

Di samping meluahkan rasa teruja, rata-rata peminat turut mendoakan agar pelakon drama bersiri The Maid ini dilindungi selalu dan akan dipermudahkan segala urusan untuk menimang cahaya mata pertama.

“Alaaaa comel nya babybump mira,” tulis seorang wargamaya.

“Eh nmpak la baby bumpe tu,” tulis peminat.

“Cant wait to see emiramirah jr,” luah teruja seorang warganet lain.

“Take care sis. Jaga baby elok²,” titip seorang peminat.

“MASYA ALLAH TABARAKALLAH… My idola , comel , sehat sehat bersama BABY,” tulis lagi seorang warganet.

Sekadar informasi, usia kandungan Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman kini telah memasuki fasa trimester ketiga.

Imbas kembali, Mira mendirikan rumah tangga bersama Emir pada 3 September 2020.

Foto: Instagram Mira Filzah

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *