“Sy Bnyak Belajar Dri Jit..” Afdlin Shauki & Sharifah Dedᾰh Sikap Arwᾰh Yg Ramai Tak Tahu!

Perkhabaran mengenai pemer.gian pelakon, pengarah dan aktivis teater, Jit Murad,62, ke Rahmatullah kira-kira jam 2.15 petang pada Sabtu nyata meninggalkan kesan buat golongan selebriti tempatan.

Menyifatkan Allah.yarham sebagai permata seni yang hebat, Afdlin Shauki misalnya akui banyak kenangan manis yang dirakam bersama ketika dia awal-awal terlibat dalam industri hiburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

“Innalillah wainna illaihi rojiuun. Hari ini seorang anak seni yang hebat telah pulang ke Rahmatullah. Sesiapa yang menonton komedi di pentas atau pun di dalam era 90-an ke awal tahun 2000 pasti mengenali nama Jit Murad. Saya banyak belajar daripada Jit tentang komedi dan penceritaan.

“Banyak kerja-kerja awal saya melibatkan Harith Iskandar dan Jit Murad. Semoga ro.h beliau akan bersama roh roh yang dicintai oleh Allah SWT. Terima kasih Jit Kerana sanggup berkongsi kehebatan anda bersama kami dan mewarnai kehidupan kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial)

“Al-fatihah. Minta tolong sedekahkan alfatihah untuk beliau,” tulis Afdlin pada ruangan kapsyen yang turut disambut dengan dedikasi sama daripada rakan artis lain.

Antaranya, pelakon dan penyampai radio, Shahirah Shahirah yang mendedahkan dia begitu kagu.mi keperibadian ar.wah.

“Really adore him… Love him so much sebab kita dulu pelakon extra pun dia lepak sama. Love love love him, al-Fatihah,” tulis Sheira pada ruangan komen.

Selain Shiera, berita mengenai kematian ar.wah turut dikongsi di media sosial beberapa teman artis lain, antarany Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Abdullah,

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Susan Lancester, Que Haidar dan ramai lagi.

Jit merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor.

Ar.wah mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987 dan naskhah Spilt Gravy On Rice (1995), The Storyteller (1996) serta Gold Rain and Hailstones (2002) antara produksi teater popular yang ditulis serta dibintanginya.

Allah.yarham dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Sejarah Seni.

Sepanjang karier, Allah.yarham dise.gani sebagai seorang penulis, pelakon dan penerbit teater yang berde.dikasi dan dinamik selain Beliau pernah membintangi filem Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.

Beliau turut dikenali sebagai seorang penulis prolifik di Asia Tenggara selepas berjaya menghasilkan beberapa naskhah kontemporari yang pernah meraih beberapa anugerah termasuk di Anugerah Boh Cameronian.

Arwah sebelum ini juga bekerjasama dengan beberapa nama besar dari industri kreatif Malaysia termasuk Datuk Krishen Jit, Datuk Zahim Albakri dan Jo Kukathas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *