“Subhanallah, Comelnya mata dia..” 42 Jam Brtarung, Balkisyh Selamat Brsalin. Dedah Nama Anak

Pelakon Balkisyh Semundur Khan selamat menyambut kelahiran anak keduanya kira-kira jam 12.09 pagi pada 9 Februari lalu.

Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Nor Qaiyfaal Khan itu dilahirkan seberat 2.6 kilogram.

Balkiysh memaklumkan berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss)

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan ‘baby boy’ pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam berta.rung,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi satu hantaran lain, Balkisyh yang sinonim menerusi siri Mok Cun ini turut mendedahkan tarikh lahir anak sama dengan ulang tahun kelahiran suaminya, Mohd Nazri Zakaria.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss)

“Allamdulilah selesai sudah register nama baby hari ini, Muhammad Nor Qaiyfaal Khan. Masa Lahir Baby : 12.09. Tarikh Lahir Daddy : 12.09. Alhamdulillah kebetulan, syukur,” tulisnya lagi.

Balkisyh mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nazri pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Bintang itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga buat pertama kali pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan itu, dia dan belas suami dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *