‘Saya Perlukan Duit Untuk Teruskan Kehidupan’ – Shuk Sahar Nak Jual Rumah Harga 1.2 Juta, Netizen Nasihat Contohi Aliff Aziz

Nama pengacara dan pelawak Shuk Sahar tak pernah habis dilanda kontroversi. Baru-baru ini, Shuk mengaku dirinya sudah curang berkali-kali dengan orang yang sama.

Nak jual rumah

@mikha.ukasyah Dugaan seorang artis#rajalawak#hotfm#fyp#statuswa#treding#xyzbca#tiktokviral#youtube#youpage ? bunyi asal – mikha.ukasyah

Selepas kontrak sebagai penyampai radio ditamatkan, Shuk sibuk menguruskan perniagaan minumannya. Terbaru, Shuk, 35, mendedahkan dia mengalami kesempitan kewangan untuk meneruskan kehidupan.

Justeru, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar nekad untuk menjual kediaman miliknya yang terletak di Denai Alam dengan harga 1.2 juta.

Saya nak jual rumah saya dekat Elmina Ferrea dengan harga 1.2 juta. Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan.

Untuk saya mulakan buat perkara baru.. sebab itu perlukan duit. Kalau sesiapa yang berkemampuan, memang tengah cari rumah boleh DM saya.

Video Shuk berkongsi perkara tersebut menjadi viral di Tiktok selepas netizen memuat naik di platform itu.

An1aya isteri rezeki sempit

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Shuk untuk mencontohi penyanyi Aliff Aziz yang berbaik dengan isterinya, Bella Astillah selepas beberapa kali kant0i cur4ng.

Dalam pada itu, ada segelintir pengikut yang berharap agar pelakon filem Adnan Sempit 2 berubah dan menjadi seorang lelaki yang setia dengan isteri tercinta.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum ini, Rossa mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan penceraian.

Sumber: Tiktok @mikha.ukasyah

Sumber: Tiktok @mikha.ukasyah

Kredit: Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *