“Rindu Ini Takkan Pernah Habis” – Shuib Dedikasi Ucapan Sempena 11 Tahun ‘Anniversary’ Dgn Siti Sarah

Biarpun sudah enam bulan isteri tercinta pergi menghadap Ilahi, perasaan sayang pelawak Shuib terhadap Allahyarham Siti Sarah Raisuddin masih mekar di hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Genap 11 tahun usia mahligai pada 26 Februari, Shuib memuat naik foto album perkahwinan bersama arwah di Instagram (IG) miliknya.

Dengan kapsyen yang menyentuh jiwa, Shuib, 37, mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan serta meluahkan rasa rindu yang tidak ada penghujung. Lagu nyanyian ar.wah, ‘Tinggalkan Diriku’ menjadi ‘background music’ untuk entri tersebut.

Bukan hanya pemilik nama Shahmira Muhamad yang berasa sedih tetapi rakan artis dan peminat turut merasai perasaan sama. Siti Elizad, Elly Mazlein, Anzalna Nasir, Elvina Mohamad dan Datin Rebecca Nur Al Islam antara yang meninggalkan komen.

Rata-rata warganet menyedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar ar.wah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Selain itu, menerusi Instagram Stories, Shuib ditemani anak-anak menziarahi pusa.ra ar.wah yang terletak di Ta.nah Per.ku.buran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, pada pagi Sabtu.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meni.ng.gal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan di.jang.kiti vi.rus C.o.v.i.d-19.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan.

Sumber: Instagram @shuibsepahtu, OB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *