“Permudahkanlah Kami…,” – Aliff Aziz & Bella Astillah Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah Hari Ini

Pelakon Bella Astillah dan suaminya, penyanyi Aliff Aziz bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, hari ini.

Menerusi beberapa perkongsian di Insta Stories, pasangan ini dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa selain berkongsikan kembali (repost) doa ucapan dari kenalan serta insan terdekat.

Malah Bella turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

“Bismillahirrahmanirrahim. Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.

“Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisi/Mu.

“Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang

sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu,” tulisnya.

Terdahulu media melaporkan, pasangan tersebut menunggu status dari pihak berkaitan sebelum dibenarkan berangkat.

“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status daripada pihak yang berkenaan.

“Rancang nak sambut birthday Aliff di sana (Makkah) pada 16 Februari nanti. Ini merupakan umrah pertama Aliff, begitu juga saya,” katanya menerusi satu temu bual sebelum ini.

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *