“Panggil Kak Ja saja, Saya masih sama, Itulah saya dari dulu,”- Heliza Helmi Tk Biasa Bwa Gelaran Datin Seri

SELEPAS bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, pelakon dan pengacara Nur Heliza Helmi menga.kui sedang membiasakan diri dengan gelaran panggilan Datin Seri.

Heliza, 36, bagaimanapun memberitahu dia lebih selesa jika orang ramai menyapanya dengan panggilan Kak Ja kerana ia membuatkan dia lebih dekat dengan peminat dan masyarakat.

“Panggil Kak Ja saja. Saya masih sama. Itulah saya dari dulu. Kalau ada yang panggil Datin Seri, kita raikan tapi lepas tu saya cakap saya okay dan lebih selesa dipanggil Kak Ja.

“Kita kadang-kadang buat buat program moti.vasi dengan pelajar, jadi panggilan Kak Ja itu membuatkan kami lebih rapat dan mesra, nampak macam kakak dan adik.

“Untuk majlis formal atau rasmi kita ikutlah tapi untuk panggilan boleh sahaja Heliza atau Kak Ja,” katanya kepada mStar.

Heliza seronok melayari alam perkahwinan.

Heliza ditemui semasa pelanca.ran filem Road To Heaven yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Heliza dan Mahadi disatukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.
Bila dah kahwin ni rezeki memang ta.k jang.ka, nikmat Allah sangat dahs.yat, kita pula rasa cu.ak sebab ter.kejut dengan apa yang Allah bagi

HELIZA HELMI

PELAKON

Selepas 40 hari mendirikan rumah tangga, pelakon filem Syurga Cinta ini berkata masih banyak lagi perkara baharu mengenai alam perkahwinan yang perlu dipe.lajari.

“Sejujurnya banyak lagi kena belajar, iyalah benda baharu mesti ada yang kita tak biasa lagi, jadi saya sedang menyesuaikan diri… kiranya macam budak ta.dika yang baharu nak masuk seko.lah.

heliza 2

Heliza bersama adiknya, Hazwani membintangi filem Road To Heaven.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Soal kerjaya tak mengganggu kerana sebelum ini pun dia tahu jadual saya agak padat tapi apa-apa pun kita akan berbincang dan dapatkan kata sepakat dahulu.
“Ya betul bila dah kahwin ni rezeki memang tak jang.ka, nikmat Allah sangat dahsyat, kita pula rasa cuak sebab ter.kejut dengan apa yang Allah bagi… tak sangka, bersyukur sangat,” ujarnya.

Bercakap mengenai Road To Heaven, filem terbitan AIMC ini mengisahkan mengenai dua beradik yang aktif menyertai misi bantuan kemanusiaan dan akan menjalani penggambaran di Palestin.

Selain Heliza, filem arahan Nizam Zakaria ini turut dibintangi oleh adiknya iaitu Hazwani Helmi dan Josiah Lim.

Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *