“Pakai Bag Plastik Ais Batu Ke Kak” – [VIDEO] Zara Zya Buat Trend Bwa Plastik Minuman Bsar.

Sejak akhir-akhir ini video membawa plastik minuman bersaiz luarbiasa besar telah menjadi satu trend di media sosial. Seakan berlumba siapa yang membawa plastik dengan saiz paling besar, bermacam ragam dan gaya boleh dilihat menerusi aplikasi TikTok.

Malah salah seorang pelakon dikenali dengan nama Zara Zya turut mengikuti trend ini. Dalam satu perkongsian di TikTok miliknya baru-baru ini, kelihatan Zara Zya tengah menghayati satu karakter lakonannya.

Zara Zya
Zara Zya

Dalam rakaman itu memang nampak pelakon ini sedikit berbeza dari kebiasaan. Di tangannya pula dia memegang satu plastik yang mengandungi air berwarna merah jambu. Siap gantung plastik minuman ikat tepi itu di bahu lagi!

Berikut adalah perkongsian video Zara Zya buat trend bawa plastik minuman besar yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik pelakon ini:

Memang paling win lah! Apa-apa pun perkongsian rakaman telatah Zara Zya buat trend ini telah meraih lebih 1.7 juta tontonan dan 120 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Kak selalu saya minum kat kedai dengan suami, kopi ais ikat tepi letak dalam mangkuk. Yang ni mau letak dalam baldi”

zara zya buat trend 4

“Pakai bag plastik ais batu ke kak”

zara zya buat trend 3

“Beg air dengan orang sama besar..Ke aku salah tengok…”

zara zya buat trend 2

“Hahaha..Steady kak air tapaw ikat di bahu”

zara zya buat trend 1

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *