Pak Nil Pesan, Kalau Boleh Tunjuk Duit Kepvk-Kepvk, Kenapa Tak Seimbangkan Sekali Dengan…

Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Nawawi memberi sedikit tegu.ran terhadap segelintir individu kaya di Malaysia yang dilihat berdiam diri sewaktu banyak orang memerlukan bantuan ketika bencana ba.njir melan.da negara hujung tahun lalu.

Individu yang mesra disapa Pak Nil itu memberitahu, dia berasa hairan apabila golongan sedemikian hanya rancak menunjuk kemewahan di media sosial berbanding bantuan kemanusiaan.

“Di mana orang kaya yang sebelum ini tunjuk duit berkepuk-kepuk sehingga ada yang baling duit sewaktu banjir tempoh hari? Ada juga yang tunjuk gelang dan barang kemas di media sosial. Di manakah mereka ini?

“Mungkin juga mereka akan beri alasan yang mereka lakukan sedekah secara senyap dan tak nak tunjuk. Kalau macam tu, kenapa bila tiba hal duit atau barang kemas mereka tak lakukan hal sama?

“Seimbangkanlah bagaimana mereka beria tunjuk duit tebal-tebal dengan bantuan yang dihulurkan,” ujar Pak Nil.

begitupun, pelakon filem Cicakman itu mengakui yang amalan memberi sedekah bukanlah satu hal yang boleh dipaksa-paksa. Tetapi, Pak Nil berharap agar golongan yang dimaksudkan sedar akan perbuatan mereka.

“Benar, amal jariah memang tidak boleh dipa.ksa-paksa. Ia perlu datang daripada hati dan keinginan sendiri. Saya bukan deng.ki tetapi saya sayangkan mereka. Saya sudah anggap seperti adik-adik saya.

“Jadi, setiap kali mereka dikrit..ik, saya terasa dan turut berasa kasihan,” katanya lagi.

“Saya tahu benda berkaitan amal jariah ini tidak boleh dipaksa-paksa sebaliknya perlu datang daripada hati dan diri sendiri. Saya menegur bukan sebab saya dengki tapi saya sayangkan mereka dan sudah anggap seperti adik-adik saya. Jadi setiap kali mereka dikritik saya sangat terasa dan kasihan,” katanya.

Terdahulu, Pak Nil mewujudkan Kedai Percuma Pak Nil di Bukit Changgang, Banting, Selangor sejak 30 Disember lalu.

Jelas Pak Nil, idea itu tercetus apabila dia menjalankan kerja mengumpul golongan sukarelawan bagi membantu penduduk di kawasan itu membina semula hidup baru dan menyalurkan bantuan akibat banjir.

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *