” Masalahnya Sebijik Sama ” – [VIDEO] Wajah Lelaki Sabah Mirip Dengan Aedy Ashraf Raih Tumpuan Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali seorang pelakon yang telah sekian lama menempa nama dalam industri seni hiburan tanah air iaitu Aedy Ashraf.

Aedy Ashraf atau nama sebenarnya, Mohammed Zaedy Ashraf telah berjaya memasuki dunia lakonan sejak kecil lagi iaitu membawai watak sebagai Muhammad dalam drama Qaleesya, Syafiq dalam Oh My English, dan banyak lagi. Ternyata bakatnya kian menyerlah setelah meningkat dewasa!

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tvlar satu rakaman video mengenai seorang remaja  berusia  19 tahun yang dikenali sebagai @mohdmzlnnn yang tvlar di aplikasi Tik Tok.

Apa yang mengejutkan ramai, wajah yang dipaparkan di dalam rakaman video tersebut  kelihatan saling tidak tumpah  dengan pelakon dan model popular. Aedy Arshraf. Fuhh memang nampak sama tapi hakikatnya orang yang berbeza!

Video:

Menyedari akan hal demikian, pelakon dan model popular, Aedy Ashraf juga tidak ketinggalan untuk memuatnaik ciapan berkenaan rakaman video di akaun Twitter miliknya semalam.

Rata-rata netizen juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen teruja dengan video yang telah dikongsikan itu. Memang sama betul laa wehh!

Ketika artikel ini ditulis, video yang berdurasi 1.16 saat ini telah mendapat tontonan 1.2 M tontonan, 98.5K tanda suka dan pelbagai reaksi komen.

Komen netizen:

Sumber: Tik Tok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *