“Malu Sangat Rasa Bila Letak Nama & Ayat Selalu Saya Guna” – Hafiz Mahamad Tersentuh Lihat Perkembangan Masjid Di Kampungnya

Usahawan popular, Hafiz Mahamad mengakui terkejvt selepas mendapat tahu Masjid Ismail Petra Banggol Kota Bharu, Kelantan mengabadikan nama serta ayat yang selalu digunakannya, ‘Kejayaan Demi Kebahagian’ pada pintu masuk utama.

Menurut Hafiz, tiada apa yang diinginkannya selain doa orang kampung yang banyak membaik pulih masjid berkenaan.

“M4lu sangat rasa, bila masjid ni ada letak nama dan ayat selalu saya guna ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’. Tak ada apa saya nak, selain doa-doa orang kampung saya.

“Sumbangan saya kecil berbanding orang kampung dekat sini. Syukur, saya dpt tgk Masjid Banggol Kota Bharu, Kelantan ni.

“Selesa orang kampung sini solat dan join program masjid. Saya ada suggest untuk mereka aktif ceramah dekat online platform, barang untuk live nanti saya akan sponsor. Insya-Allah besar dakwah mereka nanti,” katanya.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Hafiz menambah, dia niatkan bantuannya untuk semua dan juga arw4h sahabatnya.

“Saya niatkan untuk semua dan arw4h sahabat saya. Hidup bukan untuk kaya tapi, untuk sama sama rasa ‘Kejayaan Demi Kebahagiaan’,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan respons positif terhadap perkongsian Hafiz itu.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *