Macam pro je, Siti Nurhaliza tunjuk skil main badminton dengan jaguh negara, Tan Boon Heong… Jadikan sukan cara lepas tekanan

BAGI mengekalkan stamina dan mendapatkan minda cerdas, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadikan aktiviti bermain badminton sebagai sukan pilihan ketika waktu senggang.

Menurut Siti, 43, bersukan memberikan banyak manfaat kepada tubvh badan, lebih-lebih lagi penyanyi sepertinya yang perlu kekal bertenaga semasa membuat persembahan pentas.

“Bersukan merupakan salah satu cara saya lepaskan tek4nan dan dapatkan tubvh badan lebih sihat. Secara tak langsung minda pun jadi lebih tenang lepas bersukan.

“Saya suka kalau dapat buat banyak aktiviti bersukan macam ini tapi itulah kadang-kadang masa. Kalau berpeluang pasti saya rancang setiap bulan.

“Sebelum ini saya pernah menyertai aktiviti sukan bersama rakan artis, ramai yang pandai main badminton dan bola jaring. Masing-masing ada semangat seorang atlit cumanya kita tak ada masa nak tunjukkan bakat,” katanya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Siti Nurhaliza segelanggang dengan jaguh sukan negara, Tan Boon Heong.

Penyanyi lagu Kuasa Cintamu ini ditemui semasa perlawanan persahabatan badminton bersama bekas pemain negara, Tan Boon Heong yang diadakan di Twin Towers Fitness Centre, KLCC, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tan Boon Heong yang juga merupakan duta produk minuman sarang burung Beaunest keluaran Beausiti meluangkan masa hampir tiga jam di gelanggang berkenaan.

InsyaAllah lepas ini kita rancang untuk buat aktiviti bersukan dengan lebih ramai lagi artis

DATUK SERI SITI NURHALIZA

PENYANYI

“Saya sebenarnya tak puas lagi main badminton dengan beliau tapi disebabkan ini majlis jadi kita kena ikut aturcara yang disediakan, mungkin selepas ini kita boleh buat lebih banyak aktiviti sukan badminton.

“Lagi pun aktiviti kita anjurkan ini hanya suka-suka sahaja. Kali ini dia bagi chance pada saya. Sebenarnya yang seronok bila dapat berkumpul kita boleh tengok ramai artis yang boleh saya katakan ada latar belakang aktiviti sukan

Tan Boon Heong seronok dapat bekerjasama dengan Siti Nurhaliza.

“Contohnya, penyanyi baharu yang diundang iaitu Syahmi Irfan, dia merupakan junior pasukan badminton negara, sekarang ini dia fokus bidang hiburan sebagai penyanyi. InsyaAllah lepas ini kita rancang untuk buat aktiviti bersukan dengan lebih ramai lagi artis,” ujarnya.

Sementara itu, Tan Boon Heong pula meluahkan rasa teruja kerana dapat segelanggang bersama penyanyi nombor satu negara ini.

Sebagai duta jenama minuman berkenaan, Tan Boon Heong berkata dia seronok dapat bekerjasama dengan Siti Nurhaliza dan berharap dapat menjayakan lebih banyak lagi program sukan selepas ini.

“Isteri saya memang peminat Datuk Siti, dia boleh menyanyi lagu Datuk Siti! Seronok hari ini kerana dapat berjumpa dengan peminat Datuk Siti dan kita adakan perlawanan untuk enjoy sahaja.

“Pertama kali berkerjasama dengan Datuk Siti semuanya berjalan begitu baik dan bila dah berjumpa terus rasa dah jadi kawan.

“Semoga pemilihan saya sebagai duta ini dapat meluaskan lagi pasaran produk minuman ini kepada semua bangsa. Minuman ini memiliki banyak manfaat, lebih-lebih lagi mereka yang aktif dengan sukan,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *