“Jᾰntung Brdegup Laju, Kaki Longlᾰi, Air Mata Tk Tertahan,”-Bella Astillah Rasa Tk Lyak Brada Di Mekah

Impian Bella Astillah dan Aliff Aziz menunaikan umrah di Mekah akhirnya terlaksana.

Melalui Instagram, Bella meluahkan rasa syukur kerana dia sudah selesai menunaikan umrah selepas seminggu berada di Mekah.

Foto: IG

“Syukur Alhamdulillah. Selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci semalam. Alhamdulillah, Ya Allah ya tuhanku, terima kasih kerana sudi menerima kami hamba Mu yang hina dan kotor ini sebagai tetamu di rumahMu, Makkah Al Mukarramah.

“Jemputan ke rumah Allah S.W.T bukan kerana tingginya ilmu agama atau pendidikan, atau kerana banyaknya harta kekayaan yang dimiliki.

“Kehadiran sebagai tetamuNya adalah kerana seruan Allah S.W.T terhadap hambaNya untuk melaksanakan ibadah dan kesempatan yang Allah S.W.T kurniakan ini adalah tanda untuk kita mentaati perintahNya dan untuk mendapat keampunan dari-Nya. Insya-Allah,”tulisnya.

Tambahnya, “Sejurus melihat Kaabah,jantung berdegup laju, kaki rasa longlai, air mata tak tertahan kerana merasa diri terlalu kerdil dan tidak layak berada di rumahMu ya Allah.

“Tak sangka dapat bersama-sama dengan suami dan kedua orang tua saya untuk berada di depan Kaabah. Inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.

“Semoga ini bukan kali yang terakhir.”

Bella juga tak sempat buat video di sana disebabkan kekangan masa.

“Masa tidak mengizinkan di sini dan kami ingin menggunakan sebaik-baiknya masa yang ada sepanjang kami berada disini Insya-Allah.”

Syukur, peminat tumpang bahagian tengok Bella dan Alif. Tak gitu?

Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *