H4nyut Disember Lalu, Ebby Yus Dapat Bantuan Wang Tunai Bina Rumah Baru

Pelakon dan pelawak, Ebby Yus menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000.

Ia selepas rumahnya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor musn4h dih4nyutkan banjir, Disember lalu.

Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, pembinaan rumah bantuan itu didirikan di tapak tanah lama miliknya.

“Saya menerima sumbangan daripada kerajaan iaitu rumah mesra rakyat yang dibina dengan harga RM56,000. Pembinaan rumah baharu saja didirikan empat hari lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

“Pembinaan masih di tapak sama, cuma rumah itu dibuat ke dalam sedikit supaya berjauhan dari sungai. Ris4u kej4dian yang sama berulang pula pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, saya menerima pelbagai bantuan daripada peminat, rakan selebriti dan menteri cuma mereka enggan nama didedahkan. Saya juga menghargai peminat dari Singapura iaitu Haji Taib mewakili SIAEC Legends dan Veterans yang banyak menyumbang,” katanya.

Sementara itu, Ebby Yus turut berkongsi perkembangan kesihatannya yang sebelum ini diuji dengan mas4lah p4ru-p4ru.

“Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan p4ru-p4ru saya sekarang tidak memerlukan rawatan sampai perlu ditebvk. Walau bagaimanapun, saya perlu menjalani raw4tan susulan di h0spital.

“Terima kasih sebab ingat dan mendoakan kesihatan saya pvlih. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik,” katanya.

Komen netizen:

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *