“Dia Memang Berbakat, Ada Barang…,” – Jumpa Lelaki Miliki Suara Persis Sudirman, Ajai Nasihat Jangan Sia-sia Bakat

Komposer, Ajai teruja selepas berkesempatan bertemu dengan anak muda yang baru-baru ini tular kerana memiliki suara persis penyanyi lagenda, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, anak muda bernama Arish Mikael ini mempunyai bakat terpendam dan kualiti suara yang baik.

Katanya lagi, dia juga sempat berkongsi ilmu bersama Arish sewaktu anak muda tersebut datang ke studionya.

“Arish @arish.mikael namanya. Berumur 19 tahun. Saya terima banyak DM di IG saya menyuruh saya mendengar nyanyian beliau

“Rezeki Allah menentukan segalanya. Dapat saya mendengar dan mencungkil apa yang ada padanya,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan Exist Reunion itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.

Video berdurasi hampir seminit itu memapar Arish sedang menyanyikan lagu popular Sudirman, Hujan sambil diiringi alunan piano daripada Ajai.

Dalam pada itu, Ajai turur berharap agar Arish tidak sesekali mempersiakan bakat yang telah dikurniakan kepadanya.

“Dia memang berbakat. Pemberian dariNYA dan dia ada barang.

“InsyaAllah kalau ada rezeki, kita ketemu lagi. Jangan persiakan bakat yang ada,” kongsinya lagi

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut selain turut berharap agar Arish dan Ajai dapat berkerjasama pada masa akan datang.

“You always looking out for true talent man, OG,” tulis Alif Satar.

“Luar biasa suara dia. Terbaik bang,” kata pengacara, Muaz Buletin FM.

“Wah, bagus! Saya suka cara Bro Ajai hargai bakat orang. Kalau orang tu boleh menyanyi, memang bro akan cakap boleh pergi,” komen pemilik akaun, Ira.9423.

“Sedap dan padu. Kalau Ajai cakap berbakat tu, memang power la Adik ni,” respon pemilik akaun, @Mekyun 88.

Terdahulu, sebuah video telah tular di seluruh platfrom media sosial yang memaparkan nyanyian Arish sewaktu membuat persembahan busking di sebuah kedai makan.

Anak muda yang berasal daripada Johor ini juga telah membuat penampilan istimewa di program popular, Meletop pada Selasa.

 

Sumber: Instagram Ajai & Arish Mikael

Kredit: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *