“Dah la akak ni ibu tunggal” – Tiada MySejahtera, tiada budi bicara! Mak guard hal4ng wanita masuk UTC buat IC selepas lorinya terb4kar

BAGAI jatuh ditimpa tangga. Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila lorinya terb4kar dan segala barang serta dokumen peribadi musn4h dalam kebak4ran.

Ini termasuk telefon bimbit miliknya yang didakwa mempunyai aplikasi MySejahtera.

Akibatnya, wanita berkenaan didakwa dihalang oleh seorang pengawal keselamatan untuk masuk ke sebuah kompleks untuk memperbaharui dokumen penting seperti kad pengenalan.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Izzudin Ismail, dia didatangi seorang wanita dan seorang lelaki tak dikenali sewaktu berkunjung ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang di Pasir Gudang, Johor, pada Isnin.

“Lepas urusan di bank tadi, saya tak tahu kenapa Allah gerak hati nak ke Pusat Bandar Pasir Gudang. Rasa macam nak ngeteh kejap. Tiba-tiba saya didatangi dua orang, kakak dan abang ni.

“Mereka minta tolong saya call kan balai polis sebab pengawal keselamatan yang jaga pintu masuk ke Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang tak bagi mereka masuk. Dah tunjuk laporan polis pun tetap tak bagi masuk.

“Sebab mereka tiada handphone, tak boleh scan MySejahtera dan tak ada IC (kad pengenalan). Sebab barang-barang penting mereka semua terb4kar dalam lori sewaktu di Endau Mersing, termasuk handphone, wang tunai, IC, lesen semua,” dakwanya.

Laporan polis yang dibuat berhubung ins1den lori terb4kar.

Walaupun selepas polis bercakap dengan pengawal keselamatan wanita itu menerusi panggilan telefon, Izzudin mendakwa, petugas berkenaan tetap berker4s tidak membenarkan masuk kerana tiada aplikasi MySejahtera untuk diimbas atas alasan ris1ko kesihatan.

“Saya pun dah tak tahu macam mana lagi nak bantu akak dengan abang ni. Sebab mereka nak pergi bank, atas urusan nak buat kad bank apa semua sebab dah terb4kar kan.

“Susah sangat, nak bergerak pun tak ada duit. Duit pun pinjam orang dulu. Tapi masalah bank pula minta mereka buat IC sementara dulu di JPN.

“Jadi mereka ni ke UTC pusat bandar nak buat IC sementara itulah. Tapi pengawal perempuan ni tak nak bagi masuk sebab tak ada Mysejahtera,” katanya.

Mereka tiada handphone, tak boleh scan MySejahtera dan tak ada IC. Sebab barang-barang penting mereka semua terb4kar dalam lori sewaktu di Endau Mersing

IZZUDIN ISMAIL

Menurut laporan polis yang dibuat pada Isnin, kejadian lori terb4kar berlaku pada petang Ahad ketika wanita berkenaan memancing di Endau Johor bersama seorang anak dan seorang pekerja, menyebabkan kesemua barang dan dokumen penting milik mereka turut musn4h dalam keb4karan tersebut, termasuk wang tunai berjumlah RM3,700.

Tambah Izzudin, pengawal keselamatan itu kemudian meminta sesiapa yang boleh memasukkan wanita itu dalam senarai tanggungan (dependant) dalam aplikasi MySejahtera untuk dibenarkan masuk.

“Dah la akak ni ibu tunggal. Nak mintak tolong saudara, saudara pula kerja. Saya bagi cadangan kat akak dan abang ni, mintak dia panggil bos dia, tapi sibuk katanya.

“Kenapalah susah sangat nak memudahkan urusan orang yang tengah susah. Hanya sebab MySejahtera tak ada,” katanya.

Perkongsian oleh Izzudin menjadi tular.

Namun apa yang turut dikesalkan Izzudin apabila wanita berkenaan sebelum ditemuinya didakwa menerima layanan kurang baik daripada pengawal keselamatan sama.

“Abang dengan akak tu memang tak dapat settle urusan dia hari ini (Isnin) sebab tak ada MySejahtera dan tak ada handphone. Saya nak tolong tambah dependant tapi saya pun tak cukup syarat dua dos..

“Dia malas nak gaduh sebab penat sangat. Tengok muka pun memang kasihan dah penat banyak benda nak uruskan. Nak hadap dengan masalah ni pula,” katanya menerusi posting pada Isnin yang dikongsi sebanyak 2,500 kali.

Sementara itu, anak m4ngsa, Syazwani Mat Junoh, 22, ketika dihubungi mStar mengesahkan kejadian pada Isnin susulan lori milik ibunya yang berniaga terb4kar ketika memancing.

“Semalam saya tak ada bantu mak sebab saya tengah cari kerja dan hari ini pula adalah hari pertama saya bekerja di kilang.

“Mak dah terima dua d0s vaks1n. Pagi ni katanya nak cuba buat berurusan di Kota Tinggi pula,” katanya secara ringkas ketika dihubungi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *