“Cantik, gemesss,” – Krisdayanti tayang selfie pertama dengan cucu, Atta Halilintar pilih nama Ameena Hanna Nur Atta

SELEPAS lima hari menimang cahaya mata sulung, akhirnya pasangan selebriti terkenal Indonesia, Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah mengumumkan nama dan wajah anak mereka.

Bayi perempuan yang disebut sebagai Baby A ini diberi nama Ameena Hanna Nur Atta.

“Ameena ini nama ibu Nabi Muhammad SAW. Jadi ibu nabi telah melahirkan manusia paling hebat di dunia, kiranya dia perempuan yang hebat juga.

“Hanna pula ertinya kebahagiaan, kelahirannya membawa kebahagiaan untuk satu keluarga, semuanya happy.

“Nur itu nama mamanya, ertinya cahaya, biar anak kami bercahaya juga,” kata Atta menerusi siarang langsung di program RCTI Plus.

Malah Atta dan Aurel turut sama berkongsi wajah kesayangan mereka kepada umum melalui medium itu. Si comel Baby A yang sudah diberikan nama indah, Ameena Hanna Nur Atta turut sama dikongsikan wajahnya di Instagramnya keduanya. Comel sekali.

“My life” tulis Aurel dan Atta di kapsyennya.

Namun apa yang menarik perhatian, wajah comel Baby Ameena ternyata menarik perhatian ramai. Kulit mulus dan gebu dengan mata yang begitu cantik dikatakan persis ibunya, Aurel Hermansyah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji wajah comel Baby Ameena yang begitu redup dan mulus.

“Welcome to the world Sweetheart 💝💝💝

“Sempurnanya, gemesh.”

“Omg so kyoootttt. Masha Allah masha Allah semoga jadi anak soleha amin.”

Comelnya wajah baby Ameena.

Ameena Hanna Nur Atta selamat dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta pada 22 Februari lalu.

Sementara itu, neneknya iaitu penyanyi terkenal Krisdayanti turut berkongsi wajah comel Ameena menerusi laman Instagram.

“Alhamdulillah! Perkenalkan cucu kami Ameena Hanna Nur Atta,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

 

Ameena merupakan cucu pertama bagi keluarga Aurel dan Atta, sudah tentu kelahiran ini sangat dinanti-nantikan oleh kedua-dua keluarga.

Dalam perkembangan lain, Atta turut mewujudkan Instagram khas untuk puteri sulungnya itu iaitu @ameenaatta.

Akaun berkenaan memiliki lebih 300,000 pengikut selepas tiga jam diwujudkan.

 

 

Terdahulu, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 3 April tahun lalu. Sebelum menyambut kelahiran Baby Ameena yang ditunggu-tunggu pada 22 Februari lalu, Aurel pernah keguguran di awal perkahwinannya.

SUMBER: CNN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *