“Cantik Rupanya Perancangan Allah SWT,” Kenal 10 Bulan & Dijodohkan Keluarga, Zalif Sidek Nikah Hari Ini

Pelakon Zalif Sidek,36, yang akan menamatkan zaman bujang hari ini menitipkan dedikasi indah buat bakal isteri, Anis Marzuki,24.

Menerusi satu perkongsian panjang di Instagram, Zalif mendoakan agar perjalanan hari bahagianya berjalan dengan lancar.

“Semoga Dipermudahkan segalanya & doa yang baik baik mengiringi kite esok untuk kite bersama mulakan satu lagi fasa bru dalam hidup kite sebagai suami isteri.

“Akhirnya Allah SWT hadiahkan you gantikan arwah Papa untuk i yang kite baru kenal 10 bulan & dijodohkan oleh kedua belah keluarga.
“Cantik rupanya perancangan Allah SWT & moga kite semua berpimpin tangan Bahagia Hingga Ke Pintu Syurga. Amin YRA,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

Pelakon drama Mempelai Panda ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini mendoakan kebahagiaan buat mereka.

“Saya dan seluruh keluarga memohon maaf kerana tak jemput ramai tetamu disebabkan majlis SOP di Kuantan Pahang hanya benarkan max 360 pax tetamu sahaja untuk kedua pasangan keluarga memandangkan kes c0vld-19 masih meningkat.

“Jutaan terima kasih buat semua keluarga, saudara mara yang jauh atau tak dapat hadir mendoakan kesejahteraan & kebahagian kami. Amin YRA.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

“Terima kasih juga buat sahabat, produser & semua kenalan industri kreatif & fan Media sosial yang mendoakan ucap tahniah & kebahagiaan kami. Amin YRA.

“Jutaan terima kasih juga buat semua rakan media TV, radio, cetak, elektronik dan blogger yang mendoakan untuk kesejahteraan & kebahagiaan kami bersama juga. Amin YRA,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

Terdahulu media melaporkan, Zalif pada awalnya mahu hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa ditunda kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 selain tak boleh nak rentas negeri.

“Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. Insya-Allah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zalif Sidek (@zalifsidek)

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *