‘Bakat tak boleh dibeli dengan duit’ – Ajai

Putrajaya: “Kamu (Iqbal) tak berbakat dalam nyanyian. Bakat tak boleh dibeli dengan duit.”

Demikian kata penyanyi dan komposer, Ajai ketika memberikan komen kepada peserta, Iqbal Zulkefli pada konsert minggu kedua program Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam hari ini.

Iqbal yang tampil menyanyikan lagu Ketahuan nyanyian asal kumpulan Matta turut ditegur supaya tidak terus menerus menjatuhkan maruahnya di depan khalayak ramai.

“Bakat ini pemberian Allah dan tak boleh dibeli. Bagaimana kita nak ‘bagi’ Allah duit? Ia diberi oleh Allah SWT.

“Ada orang bertahun belajar untuk dapatkan ilmu (nyanyian). Saya tak suka benda ini dijadikan bahan lawak. Awak perlu jaga maruah awak,” katanya yang juga juri tetap Big Stage 2022.

Iqbal bagaimanapun menerima segala teguran dengan hati terbuka.

“Saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

VIDEO:

Terdahulu, pada konsert pertama Big Stage, Iqbal hanya menerima lima markah daripada Ajai selaku juri tetap selain Datuk Seri Siti Nurhaliza pada mulanya keliru untuk menilai persembahan Iqbal menerusi lagu Broery Marantika, Biar Bulan Bicara Sendiri.

Iqbal diberi markah paling rendah iaitu 28.8 peratus namun tiada penyingkiran pada malam tersebut.

Menerusi temu bual bersama mStar, Iqbal Zulkefli mencabar barisan juri agar menyingkirkannya pada konsert minggu kedua konsert Big Stage 2021.

“Kamu kena terima kenyataan yang kamu bukan dilahirkan sebagai penyanyi. Hari ini saya beri markah sebanyak 4 kerana tempo kamu berterabur,” katanya ketika memberi komen terhadap persembahan Iqbal.

Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan oleh Matta Band menerima empat markah daripada Ajai, 20 markah daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan 10 markah daripada Aina Abdul.

Dalam pada itu, Ajai menasihati Iqbal supaya tidak meneruskan impiannya untuk bergelar penyanyi.

It will take time, Iqbal. Dalam nyanyian, kita tidak boleh belajar selama tiga hari. Ada orang memerlukan bertahun-tahun untuk bergelar penyanyi.

Mengakui tidak mempunyai latar belakang dalam bidang muzik, Iqbal, 28, menyerahkan nasibnya kepada juri profesional untuk menentukan kedudukan dalam pertandingan nyanyian berkenaan.

Selain Iqbal, Big Stage 2022 turut disertai Tegar Septian, Elica Paujin, Lia Aziz, Soaa Marieylla, Ajoi Zainal, Tuah Adzmi, Syaq Abdillah, Megat Rahim, Daniel Chuer, Aishah Retno dan Yazmin Aziz.

Terdahulu, kemunculan Iqbal pada minggu lalu dalam program realiti itu dikec4m hebat oleh netizen kerana dianggap sebagai peserta yang tidak berkualiti sekaligus menjatuhkan standard program yang masuk musim keempat itu.

Sumber: Harian Metro/ mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *