“Bagi saya dia bijak la” – Aina Abdul tak sanggup dengar komen ‘ped4s’ juri, puji Iqbal berani bersaing walau tiada kebolehan

SELAKU juri undangan konsert Big Stage 2022 minggu kedua, penyanyi Aina Abdul menganggap peserta pertama yang tersingkir iaitu usahawan Iqbal Zulkefli sebagai seorang yang bijak mencari peluang.

Tidak melihat persembahan Iqbal terlalu teruk, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia juga menghormati keputusan usahawan itu untuk bersaing di pentas Big Stage.

“Bagi saya dia bijak la. Bagaimanapun saya tidak pasti mengenai mengapa dan bagaimana dia boleh menyertai program ini. Bukan mahu mengatakan persembahannya teruk, tetapi kalau nak dibandingkan dengan peserta lain, kebolehan dia itu mungkin sedikit ke bawah.

Iqbal menjadi perserta pertama Big Stage 2022 disingkir.

“Apa sahaja Iqbal punya objektif, dia bijak. Dia juga tahu menggunakan peluang yang dia ada. Untuk saya, that is really brilliant.

“Saya salute pada Iqbal sebab berani. Saya tak akan seberani itu. Contohnya macam sertai Maharaja Lawak, saya tak akan buat sebab saya sedar diri ini tidak lawak.

“Jadi kepada Iqbal, tak kisahlah komen apa-apa yang awak terima, saya tahu awak mesti sudah kuat, lali dengan semua komen,” katanya kepada mStar.

Iqbal yang menyanyikan lagu Ketahuan menjadi peserta pertama tersingkir di Big Stage 2022 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.

Untuk saya la, bila terdengar komen-komen ‘pedas’, saya pandang tempat lain.

AINA ABDUL

PENYANYI

Lebih memalukan apabila Iqbal hanya mendapat empat peratus daripada juri tetap komposer Ajai manakala penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan 20 peratus dan Aina Abdul pula 10 peratus sahaja.

Memuji sikap berani peserta Big Stage, penyanyi lagu Sepi ini yang pernah menyertai program realiti mengakui dia juga akan diserang panik apabila mendapat kritikan atau komen ‘pedas’.

Turut terlibat dalam seni secara serius selepas menyertai sebuah program realiti, Aina tidak menafikan, para peserta miliki semangat yang kuat khasnya ketika berdepan komen para juri.

“Saya jadi anxiety… sayalah yang berada di situ, rasanya saya tidak kuat seperti mereka. Mereka masih lagi boleh senyum.

Aina tidak sanggup mendengar komen ‘pedas’.

“Untuk saya la, bila terdengar komen-komen ‘pedas’, saya pandang tempat lain. Tak sanggup nak tengok sebab saya boleh rasa apa yang mereka rasa,” ujarnya lagi.

Big Stage 2022 bukan sahaja dibarisi juri tetap dan undangan malah turut disertai oleh juri pedas iaitu penyanyi Mas Idayu dan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida pula sebagai presiden netizen.

Sembilan peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *