Alisa 7 Hari Mencintaiku dah besar tular, “Senyuman mcm Nabila Razali”

7 Hari Mencintaiku boleh dikatakan antara drama yang mempunyai jalan cerita yang cukup digemari oleh penonton sehinggakan ia menjadi fenomena sejak ditayangkan pada 2016.

Oleh disebabkan sambutannya, 7 Hari Mencintaiku musim kedua pula sudah ditayangkan pada tahun 2020 dengan sekali lagi mencetuskan fenomena dengan watak-watak yang membintangi drama ini bukanlah calang-calang.

Lalu menyebabkan ramai pula tidak sabar menantikan drama 7 Hari Mencintaiku disambung lagi bagi musim ketiga. Nampaknya tidak lama lagi pelakon-pelakon yang membintangi drama tersebut dapat mengubati rindu penonton.

Ini disebabkan musim ketiga telahpun dalam pembikinan dan beberapa sedutan babak disebalik tabir sudah dikongsikan. Namun begitu, antara watak pelakon kanak-kanak yang hangat dibualkan terbaharu merupakan Alisa.

Watak Alisa dalam 7 Hari Mencintaiku yang dibintangi oleh Dhia Irdina mendapat perhatian ramai apabila dia membesar dengan sangat comel lalu tular di aplikasi, TikTok dengan ribuan tanda suka ditinggalkan ramai.

Alisa 7 Hari Mencintaiku dah besar tular, “Senyuman mcm Nabila Razali”

Dalam pada itu, melihatkan video tersebut ada juga yang menyamakan senyuman Alisa yang sedang shooting drama 7 Hari Mencintaiku seperti pelakon dan penyanyi, Nabila Razali sehingga ruang komen pula ditinggalkan bermacam-macam respon.

“Alisa anak kesayangan ayah…”

AlisaIMG_20220214_080929“Dia senyum cam Nabila Razali”

AlisaIMG_20220214_081005“Boleh berlakon jadi anak Nabila Razali…”

IMG_20220214_081024Alisa“Alisa dah jadi big sister…”

IMG_20220214_081047IMG_20220214_081104

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *