Aliff Syukri kena m4ki dengan netizen gara-gara benda ni, luah perasaan bosan hidup tanpa Saj4t

TINDAKAN usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menulis ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya iaitu Saj4t mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.

Tidak melihat ucapannya itu sebagai satu isu besar, Aliff, 35, berkata dia hairan apabila netizen memar4hinya kerana perkongsian di Instagram itu.

“Aku malas nak layan korang sebenarnya, tak salah pun kalau aku nak wish dia punya birthday.

“Aku rasa antara salah dia itu biar (dia) dengan Tuhan, aku tak nak masuk campur!

“Korang yang nak mar4h-mar4h aku, maki-maki aku kat Instagram dah kenapa?” kata Aliff menerusi aplikasi TikTok.

Netizen kurang senang perkongsian Aliff Syukri di Instagram.

Sebelum itu, seorang pengikut mempersoalkan tindakan Aliff memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang ke-37 yang disambut pada Rabu lalu.

“Datuk akan masuk ner4ka tau apabila ucap happy birthday dekat Sajat! Saya tak sukalah,” komen seorang pengikut.
Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya!

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK\

Pada Jumaat, menerusi Instagram penyanyi lagu Cuba Bahagia ini menulis ucapan istimewa untuk sahabat baiknya itu yang kini menetap di Australia.

“Selamat hari jadi kepada kawan baik, bekas jiran yang sekarang di Australia, Sajat. Bosan rasanya apabila kau tak ada di sini.

“Apa pun yang terjadi aku sentiasa mendoakan kau bahagia di dunia dan akhirat. All the best dan semoga sukses walaupun di mana anda berada.

Sajat tak kisah dikecam netizen, Aliff kongsi berita gembira isterinya hamil

Aliff dan isteri Datin Seri Nur Shahidah bersahabat baik dengan Sajat.

“Semua cerita kau susah dan senang aku tahu aku harap kau tabah menghadapinya. Semoga kau panjang umur, dipermudahkan segala urusan hendaknya,” tulis Aliff.

Untuk rekod, Sajat memilih memulakan kehidupan baharu di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana merasa tidak selamat tinggal di Malaysia.

Sebelum ke sana, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan oleh pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu Sajat mengemukakan kad pel4rian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) dan memaklumkan dia mahu berhijrah ke Australia.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *