“Alhamdulillah Bayi Kami..”- Akhirnya Yaya Sudah Bergelar Ibu. Dedah Nama Anak

Wanita ker.dil memiliki ketinggian 118 sentimeter yang perkahwinannya bersama lelaki normal tular di media sosial pada April tahun lalu kini sudah bergelar ibu.

Syakila Norazma Amira Zuharsema, 28, yang cuma berketinggian 118 sentimeter (sm) selamat melahirkan bayi lelaki pada Jumaat lalu.

Dia yang mesra dipanggil Yaya berkata, bayi lelaki seberat 2.35 kilogram(kg) tersebut dilahirkan secara pem.be.dahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada pukul 1.47 tengah hari.

“Alhamdulillah bayi kami dilahirkan normal. Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 25 Februari depan.

“Begitupun, pakar perubatan menasihatkan kelahiran dilakukan secara pembe.dahan sebulan lebih awal daripada jang.kaan demi keselamatan saya dan bayi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Pengkalan Ajal di sini hari ini.

Yaya yang sedang berpantang berkata, dia dimaklumkan ri.siko kelahiran meningkat kerana fizikal ker.dilnya dikhuatiri tidak mampu menampung kandungannya yang semakin membesar.

Dia dan suami, Muhammad Azri Zaidi, 20, bersyukur proses kelahiran secara pem.be.dahan terbabit berjalan lancar.

“Kami sepa.kat menamakan cahaya mata pertama ini, Muhammad Ayden Adrian. Ia lambang percintaan sejati saya dan suami.

“Sejujurnya saya sangat bersyukur dengan susunan rezeki yang ditakdirkan Allah kepada saya. Disebabkan keadaan fizikal, dulu saya tidak pernah terfikir bertemu jodoh apatah lagi bergelar ibu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *