Aidil Aziz Minta Baby Boy. Sekali Ini Respond Fasha Sandha

AKTRES Fasha Sandha membuat pendedahan apabila suami tercinta iaitu pelakon Aidil Aziz ada menyuarakan keinginan untuk menambah cahaya mata pada tahun ini.

Bagaimanapun, kata pemilik nama penuh, Nur Fasha Sandha Hassan itu dia belum bersedia untuk berbadan dua sekali lagi.

“Saya memang sukakan kanak-kanak sejak zaman anak dara lagi. Dulu kalau ada masa  lapang, saya sanggup ‘angkut’ anak jiran bawa jalan ke sana dan sini.

“Tapi sekarang, cukuplah dulu ada tiga anak. Nak tambah lagi anak… lambat lagi. Aidil memang cakap nak ‘baby boy’ pula tahun ini.

“Tapi sejujurnya, saya belum bersedia. Saya si.buk dengan komitmen seni dan duta produk,” katanya kepada URTV.

Sambil berseloroh, kakak kepada pelakon Elisya Sandha itu berkata, golongan suami hanya tahu ‘meminta’ saja.

“Suami ini tahu ‘minta’ saja, tapi yang usung kandungan sampai sembilan bulan itu orang perempuan juga.

“Tapi andai Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima. Saya baru 37 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Mungkin sebelum masuk usia 40, saya boleh beranak lagi. Mujur suami memahami,” ulasnya yang merupakan duta dan pengguna setia produk Gebu Glow.

Dalam pada itu, Fasha terus kekal menjaga disiplin dan komitmen kerja selama lebih sedekad bergelumang dalam bidang seni.

“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerjaya seni. Mungkin juga kerana saya bermula sebagai seorang model sejak usia 18 tahun.

“Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4 atau 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula bertugas memulakan solekan dan sebagainya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi.

“Walaupun saya pulang lewat malam dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya yang mengakui ‘mengunci’ jam pada tiga telefon bimbit agar tidak terlewat untuk bangun awal pagi.

Kata pelakon filem Cicak.man itu lagi, dia turut menurunkan tips dan nasihat yang sama kepada Elisya.

“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu. Jika dia terlambat, dia akan memberi kesan kepada nama saya. Tetapi Alhamdulillah, Elisya sangat mendengar kata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Saya juga selalu berpesan kepadanya supaya jangan berlagak diva. Ada rezeki lebih belanja kru makan. Itu cara untuk diri kita disenangi ramai,” kongsinya.

Bercakap soal perkembangan seni, Fasha kini membintangi drama arahan Radius One Sdn Bhd.

Malah selepas kali pertama membintangi drama Scammer Mei tahun lalu di Astro Ria, jodohnya terus melekat dengan produksi berkenaan.

Ia diikuti dengan drama Khilaf Asmara bergandingan dengan Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose dan Fattah Amin.

Seterusnya drama 80 episod yang masih dalam penggambaran iaitu Dendam Seorang Isteri dan kali pertama bergandingan dengan Nad Zainal.

Malah situasi itu menyebabkan bertebaran kisah kononnya dia ‘anak emas’ produksi terbabit. Bagaimanapun dia menafikan perkara itu.

Untuk info, menerusi perkahwinan pertama dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2012, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8.

Manakala perkongsian hidup dengan Aidil, mereka dikurniakan Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.

Sumber: utusantv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *