[VIDEO]“Rasa Nak Tolong Betulkan..” – Pakai Tudung Senget, Netizen Gerɑm Dengan Fathia Latiff

Pelakon Fathia Latiff mencuri perhatian ramai apabila memakai tudung dengan bentuk yang tidak menjadi di dalam filem terbarunya di Astro First, Gracias Barcelona.

Menerusi laman sosial Instagram, Fathia berkongsi sedutan filem tersebut untuk tatapan umum.

Apa yang menarik perhatian ramai di dalam babak tersebut, Fathia tetap selamba dengan tudungnya yang tidak menjadi sewaktu pertemuannya bersama Kamal Adli di dalam filem romantik tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya mengusik tidak berpuas hati dengan bentuk tudung tersebut namun berpendapat Fathia tetap cantik walaupun penampilannya serba tak kena.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

“Ger4m pulak nak betulkan tudung tu,” komen seorang wargamaya.

“Rasa macam nak tolong lipat elok-elok tudung tu,” ujar seorang wargamaya.

“Heyyy ger4m aku nak betulkan tudung Fathia tu,” kata seorang wargamaya.

“Eyy tudung senget benget pun lawa ni, macam mana ni,” puji seorang wargamaya.

“Kenapa dengan tudung tu. Rasa fail sangat tengok tudung macam tu,” tulis seorang wargamaya lagi.

Gracias Barcelona mengisahkan Kamal dan Fatiha mula jatuh cinta sejak menuntut di Barcelona, namun hubungan mereka di uji apabila pulang ke Malaysia.

Dalam usia yang masih muda dan cabaran kehidupan, mereka tewas dengan ujian alam perkahwinan. Siapa yang melukakan dan terluka?

Saksikan filem romantik drama, Gracias Barcelona yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Januari 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *