[VIDEO]”Bukan Networking Biasa-Biasa” – Netizen Teruja Lihat Hanis Zalikha Sekeluarga Naik Jet Peribadi Jutawan Vincent Tan Pergi Bercuti

Pasangan selebriti Hanis Zalikha dan suaminya Hairul Azreen sememangnya diminati ramai.

Terbaru, Hanis berkongsi video pergi bercuti bersama suami dan anak-anaknya atas undangan jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Lebih menarik perhatian, mereka sekeluarga juga diberi layanan mewah dengan menaiki jet peribadi milik ahli perniagaan yang juga pengasas Berjaya Corporation Berhad itu.

“Ini merupakan satu percutian yang tak pernah terbayang sebelum ini, sangat berbesar hati kerana dijemput oleh Tan Sri Vincent Tan untuk percutian impian ini.

“Masya-Allah rezeki ini ini untuk anak-anak dan kami hanya menumpang. Satu permulaan yang baik untuk tahun 2022,” kongsinya sebagai kapsyen.

Mengintai ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat perkongsian tersebut.

Ramai juga yang mendoakan agar Hanis sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki, tidak kurang juga yang memuji kenalan pasangan itu bukan calang-calang.

“Mantap lah Kek Nis dengan Abang Rul, always another level,” tulis netizen.

“Masya-Allah, another level, bukan networking biasa-biasa,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

“Alhamdulillah, rezeki anak-anak,” tulis yang lainnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Hasil tinjauan Gempak, Hairul juga berkongsi mengenai percutian dan menaiki jet mewah itu di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, keluarga selebriti itu pernah diundang bercuti di atas kapal mewah milik jutawan yang disegani ramai itu.

Hairul pernah berkongsi tentang hal berkenaan, menurutnya dia tidak sangka dapat bertemu Tan Sri Vincent Tan secara tidak sengaja ketika bercuti di Pulau Redang, Terengganu tahun lalu.

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan memiliki dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *