[VIDEO] “Perempuan2 Jangan Tengok Sangat Bibir Suami Saya Ye…” – Fazura[VIDEO] “Perempuan2 Jangan Tengok Sangat Bibir Suami Saya Ye…” – Fazura

Pasangan selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walaupun jarang menunjukkan sisi romantis di media sosial, namun masing-masing sangat sweet tiap kali muncul bersama.

Fazura juga kini dilihat lebih gembira menguruskan perniagaan berbanding di layar kaca memandangan mereka juga telah mempunyai seorang anak yang sedang membesar.

Jadi, aktres cantik yang sudah berhijab ini lebih sering berkongsi berkenaan perniagaannya termasuklah membuat live di media sosial mempromosikan produk terbaru keluaran syarikatnya.

Namun, dalam salah satu IG live Fazura, Fattah Amin telah ikut serta mempromosikan lipstik keluaran terbaru keluaran perniagaannya.

Apa yang lucu adalah teguran secara bergurau aktres itu supaya penonton tidak terlalu memandang bibir suaminya yang sedang mengoles lipstik untuk menunjukan keberkesanan produk tersebut.

VIDEO :

 

Fazura juga memberi ‘am4ran’ kepada para wanita supaya tidak tenung terlalu lama Fattah dengan membuat muka cemburu sehingga ramai yang berasa terhibur dengan gelagat mereka.

Video itu telah dimuat naik semula oleh beberapa akaun TikTok peminat pasangan berkenaan dan ditonton lebih dari sejuta viewers kurang dari sehari setelah ia dikongsikan.

VIDEO :

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui berasa terhibur melihat pasangan selebriti itu yang sporting bergurau dengan peminat walaupun di IG live sahaja.

Mereka juga memuji Fazura dan Fattah Amin kerana terlihat sangat romantis walaupun tidak menunjukkan kemesraan yang berlebihan kepada umum sebagai suami isteri.

KOMEN NETIZEN :

Sebuah video pendek TikTok menyaksikan selebriti kesayangan ramai, Nur Fazura melakukan ‘terjahan’ secara rawak terhadap seorang peminatnya menjadi tular dalam aplikasi berkenaan.

Nur Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengejutkan seorang peminat dengan mengajaknya merakamkan foto selfie bersama.

“Faz selalu kalau nampak orang pakai tudung Faz, selalunya akan buat terjahan tapi tak tahulah dia kenal Fazura ke tidak.

“Assalamualaikum, ambil gambar sama-sama boleh? Terima kasih pakai tudung saya,” ucap ibu kepada Nur Fatima Aisya itu dalam satu video yang dimuat naik akaun TikTok peminat, @fazurafave.

Dalam pada itu, individu di sebalik akaun tersebut menulis: “Hati-hati bila pakai tudung Fazura! Kena tengok kiri dan kanan. Manalah tahu tiba-tiba.. Faz sendiri yang ajak selfie kan.”

Selalunya, peminat yang teruja untuk merakamkan gambar bersama selebriti kesayangan mereka dan dalam situasi ini, perkara seperti terbalik dan membuatkan ramai yang terus jatuh hati dengan keperibadian pelakon itu.

Tidak terhenti hanya di TikTok, video berkenaan turut dibawa ke Twitter selepas ditonton hampir sejuta kali dalam aplikasi tersebut.

“Thank you pakai tudung saya (ucapan Nur Fazura dalam video). The level of appreciation,” ciap seorang pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter berjantina lelaki memuat naik satu ciapan menggeletek hati berbunyi: “Esok aku beli dan pakai, kemudian jalan-jalan di sana dengan harapan dapat selfie dengan Fazura.”

Dijual dengan harga serendah RM27 sehelai, Kosmo! Online sebelum ini pernah melaporkan tudung keluaran isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.

Bukan itu sahaja, difahamkan dalam tempoh berkenaan, jualan jenama yang semakin mendapat tempat dalam hati pengguna itu mencecah RM2.16 juta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: OMM via Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://bartasangbad.site/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *