[VIDEO] Baru Je Elisya Sandha Umun Kurang Sihat & Berehat Sebulan. Sekali Ini Yg Terjadi

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly bakal jadi nenek apabila menantu kesayangannya yang juga aktres jelita, Elisya Sandha kini ha.mil.

Berita menggembirakan tersebut didedahkan Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Mohd. Faisal, 22, menerusi satu muat naik video imbasan sepanjang tahun 2021 dalam Instagram miliknya.

Meskipun tidak mengesahkan secara terperinci, terpapar sekeping gambar imbasan ultrabunyi yang diselitkan di dalam video berkenaan.

“Syukur alhamdulillah untuk segala-galanya. Biarpun dengan segala naik turun (yang berlaku), saya bersyukur,” tulis pelakon drama rantaian Oh My Hantaran itu sebagai kapsyen menerusi video yang dikongsi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Pantas buat kerja, ramai dalam kalangan peminat yang menyedari foto imbasan ultrabunyi berkenaan dan terus mem.ban.jiri ruangan komen entri terbaharu Elisya yang juga merupakan adik kepada pelakon, Fasha Sandha.

“Saya nampak sesuatu. Tahniah si cantik.

“Hari itu masa Elisya makan nasi kandar lepas tu kata lepas makan semua terkeluar balik dah agah dah mesti ha.mil. Alhamdulillah,” demikian antara komen ditinggalkan peminat.

Bagaimanapun, usaha rose biru untuk mendapatkan pengesahan dari bibir Elisya sendiri belum berhasil apabila aktres berkenaan tidak menjawab panggilan telefon dan pesanan WhatsApp.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair Haqimy mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu. Pasangan itu memutuskan untuk berkahwin selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.

Komen Netize: 

Terdahulu, MEMILIH untuk berehat selama sebulan, pelakon Elisya Sandha berkata dia mahu fokus kepada hal rumah tangga selain mengakui keadaan kesihatan kurang baik sejak kebelakangan ini.

Kata Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan, 21, dia berehat bukan kerana sudah berbadan dua, sebaliknya mengumpul tenaga sebagai persediaan sebelum melangkah ke tahun baharu.

“Sekarang ini saya masih berehat kerana kurang sihat, jadi saya mengambil tempoh berehat selama satu bulan untuk fokus dengan keluarga saya dan juga keluarga baharu saya.

Sumber: IG Elisya Sandha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *