Tular Skirt ‘Toing Toing’ Siti Nordiana Curi Perhatian Peminat- “Hahaha comel”

Tular mengenai skirt unik yang dipakai penyanyi veteran tanah air, Siti Nordiana dalam program Battle MeleTOP pada minggu lalu membuatkan orang ramai masih mengingatinya sehingga hari ini.

Tambah menarik, apabila Siti Nordiana juga memuatnaik video rakaman dalam rancangan tersebut dengan menggayakan skirt yang mencuri perhatian orang ramai itu di Instagram nya bersama kapsyen ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

“Ni lah skirt toing toing yang korang suka tu kan. Comel betul kak lina joget sekali” tulisnya

Peminat Terhibur Lihat Skirt Berjoget Sama

Melihat video yang dikongsikan Siti Nordiana, ramai peminatnya membanjiri ruangan komen dengan pelbagai komen-komen yang menarik dan mencuit hati.

Foto – Instagram @sitinordiana

“Sorry Mader kita orang tergelak besar tengok skirt tu menari. Mader sentiasa comel la”

“Yang penting skirt tu mengikut irama dan tarian pemakainya.. Comel je”

“Alahai, siapa lah pereka dia. Kiut skirt macam dalam cerita Disney”

“Skirt tu ada spring ke”

“Comel masa toing toing tu teringat kartun Teletubies tapi kak Nana comel banyak lagi haha”

“Hahahaha betul lah, toing toing lah skirt tu”

“Hahaha comel” komen mereka

Memang comel dan unik betul skirt Siti Nordiana!

Sumber: IG SitiNordiana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *