Tak Menolak Jika Ariel Jodohnya, Luna Maya Akui Kembali Berhubung Dengan Ariel NOAH

Pelakon dan model, Luna Maya mendedahkan bahawa dia masih menyimpan perasaan marah serta dendam terhadap bekas kekasihnya iaitu Ariel dari kumpulan NOAH. Walaupun mereka mempunyai ‘sejarah’ lama, namun ia bukan penghalang buat kedua-duanya untuk berbaik dan saling berhubung.

Luna & Ariel berada dalam hubungan yang baik

Pemilik nama Luna Maya Sugeng mengatakan bahawa mereka sudah bercinta untuk tempoh yang panjang dan banyak sejarah antara mereka berdua.

Pernah ada rasa m4rah dan menyimpan dendam tapi sekarang kami dalam fasa hubungan yang baik. Malah kami sering berbual dan bertanyakan khabar.

Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun ini juga tidak menolak jika dia bersama Ariel mula terbit rasa cinta semula atau jodoh menemukan mereka pada masa akan datang.

Saya tak tahu soal jodoh. Dulu saya pernah cakap yang saya tak nak bersama dengan Ariel sebab terlalu marah. Untuk kembali bersama mestilah kedua-duanya setuju tapi buat masa sekarang kami masih belum ke arah itu lagi.

Apabila bercakap mengenai kisah cintanya sebelum ini, Luna mengatakan bahawa dia selalu menyalahkan dirinya apabila hubungan dia bersama seseorang itu tidak tahan lama.

Adalah saya ini terlalu memilih? Ada mana-mana ibu bapa yang mahu anak dia bercinta dengan saya tak?

Anggap tak ada jodoh

Walau bagaimanapun, Luna menganggap bahawa dia tidak ada jodoh bersama pasangannya sebelum ini dan dia tidak kisah sekiranya ada yang bertanya mengenai kisah cintanya.

Apabila difikirkan semula, saya anggap tak ada jodoh. Bukan salah saya, bukan salah pasangan atau ibu bapanya. Saya tak kisah jika orang bertanya. Tak semestinya saya perlu ikut cakap orang.

Jika bercinta saya lebih senang untuk kenal dulu. Lebih elok hubungan tidak jadi ketika sedang bercinta daripada berpisah selepas berkahwin.

Sumber : Kompas via ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *