“Sungguh Ku Tak Mampu Menahan Rindu Ah” -Fazura Terkejut Fattah Sambung Dangdut

Sejak berkahwin dan mempunyai anak perempuan yang comel, pasangan Fazura dan suaminya Fattah Amin dilihat sudah kurang aktif di dalam dunia lakonan. Mungkin mereka ingin fokus kepada anak perempuan mereka sahaja iaitu Nur Fatima Aisha.

Selain sibuk menguruskan anak mereka, Fazura juga dilihat aktif mempromosikan perniagaan tudung beliau dan ianya sangat mendapat sambutan dari peminatnya. Manakala Fattah Amin masih lagi menghiasi slot drama dan telemovie.

Baru-baru ini, pasangan bahagia itu dilihat telah menghadiri satu majlis yang juga berbentuk promosi yang juga dihadiri oleh beberapa rakan selebritinya. Di majlis itu, Fazura dikejutkan apabila Fattah Amin sempat menyambung lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi jemputan iaitu Amelina.

Fazura kelihatan sedikit terkejut dengan sambungan lagu dangdut yang dinyanyikan oleh Amelina dan tidak menyangka bahawa suaminya itu akan selamba menyambung lagu dangdut itu. Kelihatan juga penonton lain turut bertepuk tangan mendengar nyanyian Fattah Amin.

Video:

“Sungguh Ku Tak Mampu Menahan Rindu Ah” -Fazura Terkejut Fattah Sambung Dangdut

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meninggalkan komen bahawa isterinya juga agak terkejut yang suaminya itu boleh menyanyi maklumla kan lelaki ni ramai yang pemalu dan jarang yang sporting ni kan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Tiktok hattadolmat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *