“Selesai Berpant4ng 44 Hari,” – Salma Asis Selamat Bersalin 1 Disember Lalu, Kongsi Wajah Comel Ifra Miqaila

Penyanyi Salma Asis mendedahkan wajah penuh anak keempat yang diberi nama Ifra Miqaila yang dilahirkan pada 1 Disember lalu dengan berat 3.46 kilogram.

Selesai menjalani tempoh pant4ng selama 44 hari, isteri kepada penyanyi Azri Abdullah itu juga menyatakan rasa syukur kerana impiannya untuk bersalin secara normal dimakbulkan.

“Selesai sudah berpantang 44 hari. Perkenalkan anak perempuan saya IFRA MIQAILA lahir pada 1 Disember 2021 berat 3.46kg. Alhamdulillah Allah dengar Doa saya untuk bersalin Normal. ” Tulisnya lagi

Salma turut berkongsi foto terkini permata hatinya itu.

“Enam tahun lepas bersalin operation so doktor kata better bersalin operate, tapi saya tetap juga nak bersalin normal. Syukur Doa diperkenankan,” tulisnya.

“Mengandung kali ni memang mencab4r banyak peny4kit datang. Tapi biasa la hormon tak sama dengan tak mengandung. So kita kena reda, syukur semua selamat,” tulisnya lagi.

Salma dan Azri yang juga finalis Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2015.

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *