Scha Alyahya lebih ‘rela’ pilih Norzizi Zulkifli daripada Ellie Suriaty, Ini sebabnya…

DEMI watak Karmila dalam filem Telaga Suriram yang akan menjalani penggambaran pada penghujung bulan ini, pelakon Scha Alyahya mengambil inisiatif dengan menghadiri kelas lakonan.

Memilih Norzizi Zulkifli sebagai ‘acting coach’ (guru lakonan), kata Scha atau nama lengkapnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya,38, dia akui selesa menimba ilmu dibawah tunjuk ajar pelakon terbabit.

“Pertama sekali saya pilih kak Zizi sebab latar belakang dia dalam bidang seni. Selain itu, saya rasa sangat dekat dengan dia…karakternya seakan sama dengan saya.

“Personaliti dia yang agak relaks, kadangala ‘rough’ dan ‘tough’ itu juga memberi sedikit keselesaan dan senang untuk belajar dengan dia tanpa ada perasaan takut-takut.

“Sebelum memilih Kak Zizi, saya ada terfikir untuk berguru dengan pelakon Vanidah Imran dan Ogy Ahmad Daud, namun jadual kerja mereka terlalu padat,” katanya ketika ditemui URTV pada majlis pelancaran filem terbaharu Telaga Suriram arahan Osman Ali.

Scha Alyahya bergambar bersama barisan pelakon Telaga Suriram iaitu Nabila Huda, Maya Karin, Farid Kamil dan pengarah Osman Ali

Selain Scha, filem turut dibintangi pelakon handalan antaranya Maya Karin, Nabila Huda dan Farid Kamil.

Menerusi Telaga Suriram, Scha memegang watak seorang pegawai penyiasat.

Sementara itu, walaupun produksi filem terbabit ada menggunakan khidmat pelakon Ellie Suriaty sebagai guru lakonan (acting coach) namun Scha akui berdepan rasa gemuruh dan takut.

“Saya tak nafikan ada terbit rasa takut dengan Kak Ellie. Bila diri sudah ada rasa ketakutan, saya ri.sau akan ada limitasi untuk belajar dengan dia sebab terlalu disebelungi dengan keri.sauan.

“Fokus saya tahun ini bukan sahaja untuk filem Telaga Suriram tapi saya ingin cuba berlakon teater. Itu juga salah satu faktor kenapa saya masuk kelas lakonan dibawah tunjuk ajar Kak Norzizi,” kongsinya.

Telaga Suriram dijangka mengambil masa selama 45 hari penggambaran yang akan dijalankan di sekitar negeri Perak, Kedah dan Perlis.

Filem ke-17 arahan Osman itu merupakan naskhah sulung terbitan syarikat Odissi Creative Sdn.Bhd. dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films.

Sumber: utusantv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *