“Saya Dan Najla Jumpa Nama Itu Di .. ” – Dipilih Daripada Bahasa Arab Urdu, Ini Nama Ank Ikmal Amry & Isteri Ank

Pelakon kacak, Ikmal Amry dan isteri Najla Shamsul  telah sepakat   memilih nama Cailie untuk diberikan kepada anak perempuan sulung mereka yang lahir pada 30 Disember lalu.

Menurut Akmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, dia memilih nama yang ringkas untuk cahaya mata pertama adalah kerana namanya sendiri sudah agak panjang.

“Sebenarnya Am ada berkongsi nama anak di IG story tempoh hari. Tapi mungkin ada yang tidak perasan kerana nama anak Am pun pendek sahaja.

“Kami memilih nama Cailie yang membawa maksud ‘kesayangan’. Sebab nama bapak dia dah panjang, Mohd Zulikmal Amry, jadi saya rasa lebih baik sekiranya memberikan nama yang pendek sahaja untuk anak,” ujar Ikmal ketika ditemubual.

Ikmal ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama Gempak Original Series Ex Aku Pontianak di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Ikmal lagi, proses mencari nama itu tidak terlalu sukar memandangkan dia dan isteri sama-sama membuat carian di Google dan berjumpa dengan nama yang sesuai bermula dengan huruf C.

“Saya dan Najla jumpa nama Cailie itu di google sewaktu mencari-cari nama yang sesuai sebelum kelahiran. Rasanya itu nama yang paling unik yang kami jumpa dan tambahan pula memang saya inginkan nama anak yang bermula daripada huruf C.

“Kami mula membuat carian tentang maksud nama tersebut dan akhirnya menemui nama Cailie ini adalah daripada bahasa Arab Urdu yang membawa erti ‘kesayangan’,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Ikmal disatukan dengan isterinya Najla Shamsul Kamar, 23, pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *