“Pnuh Mkna Ddikasi Anita Baharom Bt Ank Sulung Smpna Hri Jdi” – Ni Pic Last Year Celebrate Berlima, This Year Kita Berempat.

Pelakon Anita Baharom menitipkan dedikasi penuh bermakna bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Syifa Dhia Nurina, baru-baru ini.

Memuat naik foto mereka seisi keluarga yang dirakam tahun lalu bersama suami, Allahyarh4m Mohd Ismadi Ismail, ucapan yang diberikan ibu kepada si anak cukup mencvri perhatian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anita Bt Baharom (@anitabaharom)

“Sanah Helwah Princess mummy daddy SYIFA DHIA NURINA. Ni pic last year kita celebrate berlima 2021, this year kita berempat.

“Kita redha yaa sayang. Syifa anak solehah mummy daddy semoga cerah masa depanmu wahai anak.

“Berbaiklah dengan semua manusia tak kira berlatar belakangkan apa. Sekarang kita berempat. Kita jaga kita,” tulisnya pada ruangan kapsyen di Instagram.

Dia pada masa sama turut mendoakan moga puterinya itu menjadi kakak yang terbaik buat adik beradik yang lain.

“Jadilah kakak terbaik buat adik2 dan yang paling penting moga dapat memberi syafaat buat mummy daddy di akhirat nanti. ameen ya mujib,” tulisnya lagi.

Terdahulu pada 1 Januari lalu, arwah yang juga penerbit meningg4l dunia di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira jam 8.00 pagi akibat kencing manis.

Selain Syifa, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anita Bt Baharom (@anitabaharom)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *