“Pahala Mengalir Berpanjangan, MasyaAllah…,” – Zizan Razak Beli Toyota Hilux Untuk Bantu Orang

Hikmah musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini nyata telah membuka hati banyak pihak untuk menjadi pemurah dan turut sama membantu buat para mangsa yang terkesan.

Bagi pelakon dan pelawak, Zizan Razak pula, hatinya terdetik untuk membeli sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas melihat kepayahan dan kesusahan yang dialami banyak pihak sewaktu berhadapan dengan musibah banjir.

Menurut Zizan, dia mahu menggunakan kereta tersebut bagi membantu lebih ramai orang pada masa akan datang.

Malah, bintang ini turut menyifatkan pembelian tersebut sebagai hadiah buat dirinya setelah sekian lama gigih berkerja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869)

“Setelah lama bekerja dan rasa nak hadiahkan diri sesuatu. Harini ini hadiah untuk diri serta berniat nak membantu sesiapa jika perlu.

“Bermula dengan kes banjir baru ni lah buat Zizan beli Hilux ni. Tahniah Zizan Razak. Proud of me,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Polis Evo itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram.

Terdahulu, selain bergiat aktif di dalam industri seni, Zizan juga kini dilihat sibuk menguruskan bisnes restoran berasaskan makanan Korea miliknya.

Sumber: Instagram Zizan Razak via MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *