Mira Filzah Umum H4mil 6 Bulan, Sekali Benda Lain Jadi Bualan Netizen Artis

PETALING JAYA – Berbulan-bulan mengunci mulut, spekulasi kini terjawab apabila Mira Filzah, 29, akhirnya mengesahkan dirinya kini ham1l enam bulan.

Enggan berselindung lagi, berita gembira tersebut dikongsi sendiri oleh suaminya yang juga seorang arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Kata Emir, usia kandungan isteri tercinta juga bakal memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

“Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami.

“Insya-Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga (kini enam bulan) tidak lama lagi,” kata Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Sama seperti individu lain, Wan Emir dan Mira turut melalui pengalaman berbeza sepanjang fasa keham1lan anak sulung mereka.

Malah, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah berhenti mendoakan keluarga kecilnya sehingga hari ini.

“Seperti semua orang yang memiliki hasrat dan rancangan untuk membina keluarga, kami juga mempunyai pengalaman peribadi tentang suka dvka sepanjang perjalanan kami setakat ini.

“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf serta rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih.

“Semoga Allah merahm4ti dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita,” katanya lagi.

Sejak November tahun lalu, khabar angin kehamilan bekas pengacara Nona itu hangat diperkatakan netizen selepas mendakwa ternampak b4by bump dalam sebuah video Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman bagaimanapun menafikan hal tersebut dengan alasan perutnya buncit selepas makan.

Namun, dia pernah memaklumkan tidak akan pernah berahsia sekiranya disahkan ham1l.

KOMEN NETIZEN :

Untuk rekod, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mendirikan rumah tangga dengan Emir, 32, pada 3 September 2020.

Sumber :– K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *